Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 cara mudah untuk baiki penglihatan anda, jaga mata anda

Mempunyai kesihatan mata yang baik amat penting bagi kualiti kehidupan kita keseluruhannya.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cara mudah untuk baiki penglihatan anda, jaga mata anda

Mempunyai kesihatan mata yang baik amat penting bagi kualiti kehidupan kita. (Gambar: Min An/Pexels)

Diterbitkan : 10 Feb 2021 08:30PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 08:47PM

AMERIKA SYARIKAT: Mempunyai kesihatan mata yang baik amat penting bagi kualiti kehidupan kita keseluruhannya.

Sebarang gangguan penglihatan boleh menjejas kehidupan seharian. Ini termasuk membaca, menyelesaikan tugas-tugas di tempat kerja dan juga menjejas daya komunikasi.

Lantas, amat penting bagi kita untuk menjaga dan cuba memperbaiki daya penglihatan kita.

Berikut adalah cara-cara mudah untuk memperbaiki penglihatan secara semula jadi, menurut laman verywellhealth:

1. REHATKAN MATA

(Gambar: Andrew Neel/Pexels)

(Gambar: Andrew Neel/Pexels)

Merehatkan mata anda amat penting, lebih-lebih lagi selepas menggunakan komputer dan telefon bimbit.

Menurut laman verywellhealth, anda boleh cuba merehatkan mata menggunakan undang-undang 20-20-20.

Setiap 20 minit, alihkan mata untuk memandang objek yang berada 20 kaki jauhnya. Lakukan sekurang-kurangnya 20 saat.

2. BERSENAM DEMI KESIHATAN MATA

(Gambar: Bruno Nascimento/Unsplash)

(Gambar: Bruno Nascimento/Unsplash)

Mengamalkan rutin gaya hidup sihat dengan bersenam secara konsisten merupakan cara yang senang untuk mengatasi pelbagai masalah penglihatan.

Masalah kesihatan akibat kekurangan aktiviti fizikal dan pertambahan berat badan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mata, lapor verywellhealth.

Berjalan secara konsisten, menaiki basikal, serta melakukan senaman ringan di rumah, merupakan cara-cara bagaimana anda boleh menjadi lebih aktif dan melindungi mata anda.

3. DIET SIHAT, MATA SIHAT

(Gambar: Jill Wellington/Pexels)

(Gambar: Jill Wellington/Pexels)

Anda juga digalakkan mengamalkan diet yang sihat. Vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E serta zinc mineral boleh membantu memperlahankan degenerasi otot yang berkaitan dengan usia.

Makanan seperti sayur-sayuran juga terbukti baik untuk degenerasi otot dan mengurangkan risiko katarak.

Omega-3 asid lemak juga amat penting bagi perkembangan visual serta retina mata untuk berfungsi. Makanan yang mengandungi Omega-3 asid lemak termasuk ikan salmon dan kacang walnut.

4. GUNAKAN PELINDUNG MATA

(Gambar: Stephanie Hau/Unsplash)

(Gambar: Stephanie Hau/Unsplash)

Melindungi mata anda dari sinar matahari amat penting. Ini kerana sinar ultraungu (UV) dari matahari boleh merosakkan mata anda.

Anda digalakkan mencari cermin mata gelap yang menawarkan perlindungan UV 100%.

Anda juga boleh memakai cermin mata gelap setiap kali berada di luar dan bukan semasa semasa cuaca panas sahaja.

5. JANGAN LAGI MEROKOK

Tabiat merokok bukan sahaja faktor risiko berbahaya bagi kanser paru-paru dan penyakit lain, tetapi ia juga boleh merosakkan penglihatan anda.

Merokok juga boleh membuat mata anda rasa gatal, merah dan pedih. Ia juga meningkatkan lagi risiko katarak dan glaukoma.

Untuk memperbaiki penglihatan, sebaik-baiknya anda berhenti merokok. 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan