5 cara harumkan peti sejuk anda
Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Peti sejuk boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan disebabkan oleh campuran pelbagai jenis makanan serta kaedah penyimpanan yang tidak betul.
Jika anda berdepan masalah yang serupa, apa kata cuba petua mudah yang dikongsi Cik Leha Yusof kepada mStar untuk menghilangkan bau busuk peti ais di kediaman masing-masing.
1. Daun Pandan
Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman.
Bau yang kurang menyenangkan itu bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.
2. Roti
Roti juga boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering.
Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
3. Serbuk penaik
Tabur serbuk penaik (baking soda) atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu, masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
4. Cuka putih
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
5. Bijirin oat
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.
Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.
Yang pasti, petua dari mStar ini diharap akan dapat sedikit sebanyak membantu peti sejuk anda berbau harum bagi mewujudkan keadaan dapur yang selesa dan menyenangkan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.