5 cara anda boleh berbelanja secara hemat jelang Lebaran ini
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai buat persiapan saat-saat akhir jelang Hari Raya. (Gambar-gambar: BERITAmediacorp/Nurulkhasanah Agost)
BERITAmediacorp: Pejam celik, pejam celik, 15 Ramadan sudahpun menjelang tiba.
Yang pasti, umat Islam kini kian sibuk membuat persiapan Aidilfitri, dengan lebih ramai orang mengunjungi bazar-bazar mahupun ke seberang tambak untuk mendapatkan kelengkapan Hari Raya.
Namun pada musim ini jugalah, orang ramai dijangka berbelanja lebih untuk menghiasi rumah dengan indah ataupun bergaya dengan pakaian serba baru.
Dalam edisi ketiga Rahmat Ramadan, BERITAmediacorp menyenaraikan lima cara anda dapat berbelanja secara berhemat supaya duit anda tidak dibazirkan pada barangan yang tidak diperlukan.
1. Senaraikan keperluan
Buat senarai barangan yang anda perlukan bagi Hari Raya, dengan yang paling penting disenaraikan dahulu bagi memberikan keutamaan.
Misalnya, jika anda lebih mementingkan hidangan yang akan dimasak semasa Hari Raya, pastikan anda menyenaraikan barangan keperluan pasar untuk membeli bahan-bahan untuk rendang, kuah lodeh dan sebagainya, kemudian disusuli dengan baju Raya dan perhiasan rumah.
Pastikan anda mengikuti senarai keperluan itu bagi mengelak diri daripada terlebih belanja.
2. Sediakan bajet
Selepas anda menyenaraikan barangan yang diperlukan, sediakan bajet yang bersesuaian dengan jumlah keperluan yang ingin dibeli.
Sebagai contoh, anda boleh memperuntukkan jumlah wang yang berbeza untuk baju raya, untuk juadah Raya dan untuk perbelanjaan tambahan.
Namun jika anda berbelanja lebih bagi satu keperluan, kurangkan jumlah yang dapat dibelanjakan keperluan yang lain. Malah, disiplin diri adalah yang ciri terpenting bagi kaedah ini.
3. Manfaatkan tawaran murah
Lazimnya, pusat beli-belah mahupun pasar raya akan mengadakan tawaran murah atau diskaun menjelang perayaan besar-besaran.
Anda boleh memanfaatkannya bagi mendapatkan keperluan rumah pada harga yang lebih berpatutan. Malah, banyak platform online juga akan melakukan potongan harga bagi baju Raya.
Oleh itu, perhatikan sebarang promosi dan potongan harga supaya anda tidak terlepas peluang.
4. Bandingkan harga
Walaupun banyak kedai akan menawarkan harga lebih murah, usah mudah terpedaya dengan 'tawaran' yang hebat.
Pastikan anda memeriksa terlebih dahulu barangan yang diperlukan itu bagi dua taau tiga kedai dahulu.
Dengan cara ini, ia akan membantu anda berjimat-cermat dan lebih berhemat dalam berbelanja.
5. Elakkan berhutang
Jika boleh, ia lebih baik jika anda berbelanja menggunakan wang tunai. Ini kerana kemudahan kad kredit dapat mendorong anda untuk berbelanja lebih.
Sebaiknya, elakkan berhutang untuk tidak rasa terbeban selepas Hari Raya nanti.
Jika anda terpaksa menggunakan kad kredit, pastikan ia tetap mengikut bajet yang sudah anda tetapkan sebelum ini.
Yang jelas, walaupun Hari Raya Aidilfitri hanya menjelang setahun sekali, kemeriahannya akan tetap dapat dirasai walaupun anda berbelanja dengan hemat bagi persiapan kali ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.