5 bahan semula jadi ini dapat bantu hilang bekas jerawat di muka
Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling kerap dialami ramai orang.

Gambar hiasan.
JAKARTA: Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling kerap dialami ramai orang.
Meski jerawat dapat dialami oleh sesiapa saja, namun sebahagian besar kes jerawat berlaku ketika usia remaja.
Bagi sesetengah orang, masalah kulit ini boleh menjejas keyakinan diri dan kesihatan mental mereka.
Berikut antara 5 bahan semula jadi yang boleh membantu menghilangkan bekas jerawat di wajah anda:
1. Bawang jepun
Bawang jepun memiliki kandungan bioflavonoid seperti cepalin dan kaempferol. Digabungkan juga dengan kandungan vitamin A, C dan E - kesemuanya menyumbang kepada kesihatan kulit. Vitamin-vitamin tersebut melindungi kulit daripada penuaan awal. Bawang adalah antara sumber paling kaya 'quercetin', iaitu antioksidan terbaik bagi memastikan kulit anda tidak berkedut. Anda boleh melihat perubahan di wajah setelah beberapa minggu disapukan di bahagian bekas jerawat.
2. Lidah Buaya
Lidah buaya memiliki kandungan yang boleh melembapkan dan menenangkan kulit wajah. Bahan semula jadi ini juga kaya dengan antioksidan yang mampu menghilangkan minyak berlebihan dan sel mati dari kulit sehingga mengurangkan bekas jerawat yang ada.
3. Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi bahan omega yang boleh membantu melembapkan kulit. Penggunaan minyak ini secara rutin boleh membuat kulit menjadi segar, berseri, sekali gus menghilangkan bekas jerawat.
4. Madu
Madu merupakan pelembap yang sangat luar biasa bagi kulit. Bahan semula jadi ini adalah produk yang baik untuk merawat jerawat kerana ia membantu mengimbangi bakteria di kulit anda. Madu Manuka dianggap sebagai produk anti-jerawat dan didapati lebih berkesan berbanding produk-produk lain. Bahkan, campuran madu dengan kayu manis boleh menjadikan kulit lebih lembut dan cerah.
5. Limau
Buah limau ini boleh mengubati kulit, merangsang tumbuhnya sel baru, dan nenegangkan kulit yang kendur dan berkedut. Sapukan jus lemon setiap hari selama 15 minit dan lihat perbezaan yang muncul setelah beberapa hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.