Skip to main content

Gaya Hidup

5 acara yang boleh anda nikmati Disember ini

Cuti sekolah bulan Disember sudahpun muncul dan pastinya ramai keluarga mula bercuti dan merancang untuk ke luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
5 acara yang boleh anda nikmati Disember ini

Monster Jam (kiri) serta Ameng dan Zamani. (Gambar: Monster Jam/Go Dutch/FB)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 01:21AM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 06:38AM

SINGAPURA: Cuti sekolah bulan Disember sudahpun muncul dan pastinya ramai keluarga mula bercuti dan merancang untuk ke luar negara.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ke luar negara hujung tahun ini, Singapura sendiri mempunyai banyak acara menarik yang dapat dikunjungi.

BERITAmediacorp memilih lima acara yang mungkin menarik perhatian anda.

1. TRAK GERGASI GEGARKAN STADIUM

Related article image

(Gambar: Monster Jam/Facebook)

Monster Jam kembali ke Stadium Negara!

Menampilkan lapan trak Monster Jam termasuk Grave Digger®, Max-DTM dan Megalodon, acara mesra keluarga ini pasti membuat anda teruja dan berdebar pada masa yang sama.

Monster Jam 2019 membawa lebih banyak keseronokan dengan pelbagai trik menakjubkan, menjadikannya pengalaman unik yang tidak boleh dilupakan. Jangan lupa plag telinga bagi kanak-kanak!

Lokasi: Stadium Negara
Tarikh: 7 Disember
Harga: $25-$135

2. BERNYANYI BERSAMA ZAMANI DAN AMENG

Related article image

(Gambar: Konsert Kembali Terjalin 2/Facebook)

"Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang..."

Jika anda ingin membuai perasaan dan menyanyi bersama lagu-lagu hit Zamani Slam dan Ameng Spring, konsert Kembali Terjalin 2 ini adalah acara buat anda.

Jangan lupa juga hafal lirik-lirik lagu Zamani seperti Tak Mungkin Berpaling dan Mentari Muncul Lagi serta lagu Ameng Spring, Pesanan Buat Kekasih dan Sampai Hati!

Lokasi: The Theatre @ Mediacorp
Tarikh: 24 Disember
Harga: $58, $98, $138, $188 dan $288

3. SARKAS UNCLE RINGO CIPTA KENANGAN

Related article image

(Gambar: The Great Circus of Europe/Facebook)

Buat julung-julung kalinya, 'The Great Circus of Europe' akan diadakan di Singapura!

Dianjurkan veteran karnival Uncle Ringo, ia akan menampilkan bukan sahaja sarkas, tetapi juga pelbagai permainan karnival mesra keluarga dan hidangan jalanan yang enak.

Sarkas moden ini juga berlangsung dari sekitar dua minggu lamanya, bersempena Kiraan Detik Tahun Baru Marina Bay 2020.

Lokasi: Ruang Acara Bayfront di Marina Bay
Tarikh: 20 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020
Harga: $70 - $150 (masuk ke karnival adalah percuma)

4. BERTEMU & BERGAMBAR DENGAN IDOLA ANDA

Related article image

(Gambar: CelebFest/Facebook)

CelebFest salah satu acara yang paling dinanti-nantikan ramai peminat. Apa tidaknya, mereka dapat bertemu, membeli produk serta bergambar dengan artis pujaan mereka!

Padat dengan lebih 50 selebriti Malaysia, Indonesia dan Singapura, CelebFest anjuran Rosevalley juga boleh disifatkan sebagai bazar beli-belah dan selebriti terbesar di negara ini.

CelebFest dijangka menampilkan lebih 200 ruang beli-belah. Pastikan anda bawa duit lebih untuk berbelanja!

Lokasi: Dewan 401-403, Pusat Konvensyen Suntec
Tarikh: 20-22 Disember
Harga: Percuma

5. TERBUAI DENGAN KELUNAKAN SUARA DAYANG

Related article image

(Gambar: Dayang Nurfaizah/Facebook)

Selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri, ratu R&B Dayang Nurfaizah menghadiahkan sebuah konsert istimewa buat para peminatnya di Singapura.

Konsert Dayang Dua Dekad anjuran Shiraz Projects ini dijangka membuat peminat seronok dibuai kemerduan dan keunikan suara Dayang.

Ingin mendengar Dayang menyanyi Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga dan Tak Pernah Menyerah secara langsung? Jangan ketinggalan membeli tiket!

Lokasi: The Theatre @ Mediacorp
Tarikh: 28 Disember
Harga: $65- $195  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita