Skip to main content

Gaya Hidup

4 tip ini boleh bantu kurangkan pengambilan karbohidrat

Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan yang ketara terhadap kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
4 tip ini boleh bantu kurangkan pengambilan karbohidrat

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 30 Oct 2024 11:03PM Dikemas Kini : 31 Oct 2024 10:55AM
KUALA LUMPUR: Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan yang ketara terhadap kesihatan.

Menurut kajian, dengan mengawal pengambilan karbohidrat, ia boleh bantu menurunkan berat badan dan mengawal beberapa simptom penyakit kencing manis.

Ingin tahu bagaimana untuk kurangkan pengambilan karbohidrat?

Berikut beberapa tip yang dikongsi oleh Institut Pemakanan Edison:

1. Elak minuman dengan paras gula yang tinggi

Minuman bergula bukan sahaja tidak menyihatkan tetapi ia juga mengandungi banyak karbohidrat dan gula tambahan.

Jika anda mahu menambah perisa pada air minuman, anda boleh tambah beberapa buah-buahan seperti lemon atau limau ke dalam air minuman.

2. Kurangkan makan roti

Roti dan produk bijirin mempunyai kandungan karbohidrat tinggi dan rendah serta serta nutrien.

Pilih roti padat yang lebih berkhasiat.

Lebih baik lagi, cari atau buat sendiri roti alternatif yang diperbuat dari kacang tanah.

3. Sarapan rendah karbohidrat

Hanya sebilangan kecil daripada hidangan sarapan yang biasa dimakan mengandungi banyak karbohidrat.

Namun makanan seperti telur misalnya, mengandungi kurang daripada 1 gram karbohidrat.

Ia malah mengandungi beberapa zat protein yang hebat untuk memastikan anda lebih kenyang sepanjang hari.

4. Pesan sayur-sayuran dalam hidangan di restoran

Kentang, pasta dan roti hanya menambah kandungan karbohidrat yang tidak diperlukan dalam hidangan anda.

Anda boleh pilih untuk gantikan makanan itu dengan sayur-sayuran.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita