Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 persediaan hadapi musim hujan

Seringkali menjelang akhir tahun, hujan lebat akan turun secara lebih kerap di negara-negara Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Seringkali menjelang akhir tahun, hujan lebat akan turun secara lebih kerap di negara-negara Asia Tenggara.

Beberapa wilayah di Malaysia kini dilanda banjir teruk ekoran hujan lebat.

Justeru, tidak kira di mana anda berada, penting untuk kita bersiap sedia berdepan musim hujan.

Berikut adalah beberapa tip keselamatan yang boleh anda amalkan sepanjang musim tengkujuh ini:

1. ELAK BERJALAN ATAS LOPAK AIR

Cuba elakkan daripada berjalan atas lopak air di atas jalan.

Ini kerana ia mungkin kelihatan bersih namun ia mengandungi pelbagai bakteria yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.

Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.

Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.

2. BERHATI-HATI DENGAN NYAMUK

Nyamuk akan bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.

Sebarang aliran air akan menghasilkan kawasan-kawasan baru yang berlopak dan mempunyai air tentang. Keadaan ini sangat ideal untuk nyamuk bertelur.

Semasa tidur, anda digalakkan untuk memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar daripada digigit nyamuk.

Sebagai langkah tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu.

3. MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI

Elakkan daripada memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.

Selain itu, elakkan daripada membuat sebarang pusingan secara mengejut juga.

Berhati-hati dengan para penunggang motosikal semasa hujan.

4. SEDIAKAN PAYUNG DAN BAJU HUJAN

Tabiat ini bukan sahaja dapat menghalang anda daripada jatuh sakit namun juga membantu anda untuk melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.

Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan