4 khasiat durian baik untuk kesihatan
Seperti buah-buahan lain, ada banyak khasiat terkandung dalam durian meskipun pada ironinya, sesetengah penggemar raja buah itu mungkin mengawal pengambilan mereka atau mengelakkannya sama sekali atas alasan kesihatan.

(Gambar: Jim Teo/Unsplash)
Majalah Mingguan Wanita berkongsi khasiat durian, yang sebenarnya kaya dengan manfaat baik untuk kesihatan pemakannya.
1. Kaya dengan nutrisi
Durian itu sendiri mewah dengan nutrisi. Sebiji durian saja mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat, yang membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K.
Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana.
2. Sumber potasium yang baik
Jika anda mengalami darah tinggi, durian mungkin dapat membantu.
Khasiat raja buah durian ini, antara lain, merupakan sumber potasium yang sangat baik. Makanan tinggi potasium amat penting dalam menguruskan tekanan darah tinggi, yang mana, kekurangan vitamin ini boleh menjadi penyumbang utama penyakit kardiovaskular.
Potasium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah. Lantas, membantu menurunkan tekanan darah.
Maka itu, hargailah kesihatan jantung anda dengan dos sihat dari raja buah ini.
3. Tinggi vitamin C
Durian tinggi dengan vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.
Jika anda mengalami sakit sendi, ambillah sebiji dua buah durian.
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sakit sendi. Sebaliknya, pengambilan yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko kesakitan yang disebabkan oleh barah.
4. Bantu pergerakan usus
Selain banyaknya serat pada seulas durian, buah ini juga kaya dengan gula semula jadi yang mana ia boleh menapai dengan baik selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman.
Dengan kata lain, ia bertindak sebagai ejen prebiotik yang memberikan makanan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda dan menyokong fungsi pencernaan serta kesihatan kolon.
Namun, perlu diingatkan bahawa keserdahanaan dalam pemakanan adalah kuncinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.