Skip to main content

Gaya Hidup

4 kesalahan jaga rambut boleh jejas keanggunan mahkota wanita

Anggaran Waktu Membaca:
 4 kesalahan jaga rambut boleh jejas  keanggunan mahkota wanita

(Gambar: Element5 Digital/Pexel)

Diterbitkan : 16 Apr 2022 10:42PM

INDONESIA: Rambut yang kelihatan cantik tentu sekali menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi penampilan kaum Hawa.

Maka tidak hairanlah kalau sebahagian wanita sanggup berhabisan wang untuk membuat 'makhkota' mereka nampak lebih menawan.

Sekalipun demikian, tahukah anda bahawa ada hari-hari yang mungkin mempengaruhi keadaan rambut?

Untuk memastikan rambut anda dijaga dengan betul, berikut empat kesalahan merawat rambut, seperti yang dilaporkan Merdeka.com.

TERLALU KERAP SISIR RAMBUT

Menyisir rambut agar ia kelihatan lebih rapi memang penting.

Selain itu, kegiatan yang satu ini juga dapat membantu meratakan minyak semula jadi pada kepala ke segenap helaian rambut agar kelembapannya terjaga.

Namun, cuba ingat berapa kali anda menyikat rambut?

Rambut jika disikat terlalu kerap akan menyebabkan rambut mudah gugur. Rambut yang tertarik semasa disisir boleh melemahkan bahagian akarnya.

Jika dilakukan terlalu kerap dan berulang kali, boleh membuatnya mudah gugur, lapor Merdeka.com.

CUCI DENGAN AIR PANAS

Mungkin anda pernah mendengar perbuatan mencuci rambut dengan air panas lebih bersih kerana ia dapat membunuh kuman dan bakteria.

Namun, ini tidak benar. Ia hanya mitos semata-mata. Faktanya, mencuci rambut dengan air panas boleh mengganggu kesihatan rambut.

Selain membuat kulit kepala menjadi rengsa, air panas juga boleh menyebabkan rambut semakin kering. Bukan itu sahaja, air panas juga boleh menghapuskan minyak semula jadi pada kulit kepala. Kesannya, kulit kepala berasa kering dan mengalami pelbagai masalah.

JARANG POTONG HUJUNG RAMBUT

Sebahagian wanita yang ingin membiarkan rambut mereka terus panjang, rela tidak ke salon rambut berbulan-bulan lamanya. Namun, kebiasaan ini juga boleh mempengaruhi keadaan rambut.

Maka penting untuk memotong hujung rambut setiap dua bulan sekali untuk menghilangkan bahagian bawah rambut yang kering dan bercabang.

Proses itu perlu dilakukan secara rutin sebelum hujung rambut yang kering dan bercabang merebak ke bahagian lain rambut.

Jadi, jangan sampai lewatkan rutin merawat rambut ini, lapor Merdeka.com.

JARANG CUCI RAMBUT

Ada di antara anda yang mungkin berasa malas mencuci rambut atas pelbagai alasan. Dari tidak ada masa disebabkan jadual yang sibuk hingga takut melihat rambut gugur.

Tapi awas! kebiasaan ini kurang baik untuk menjaga kesihatan mahkota anda.

Mencuci rambut merupakan salah satu rutin menjaga rambut untuk membersihkan kulit kepala dan rambut daripada minyak, kotoran dan peluh yang terkumpul.

Maka, penting untuk menyediakan jadual mencuci rambut. Paling ideal adalah mencucinya antara tiga dengan empat kali seminggu.

Kalau anda mengalami masalah rambut gugur, jangan bersembunyi di sebalik alasan tidak mahu mencuci rambut.

Jika rambut gugur, segera cari syampu antigugur yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

Jangan lupa gunakan produk lain seperti vitamin rambut atau pelembap rambut yang dapat menjaga kesihatan rambut dengan lebih optimal, syor Merdeka.com.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita