Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 jenis makanan ini tidak sesuai dimasak guna 'airfryer'

Penggunaan penggoreng udara atau 'air fryer' memang memudahkan pengguna untuk menyediakan makanan, selain ia lebih sihat kerana tidak perlukan penggunaan minyak.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penggunaan penggoreng udara atau 'air fryer' memang memudahkan pengguna untuk menyediakan makanan, selain ia lebih sihat kerana tidak perlukan penggunaan minyak.

Namun, sehebat mana pun teknologi sudah tentu ia mempunyai kelemahannya tersendiri dan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan.

Tidak semua makanan yang sesuai dimasak dalam penggoreng udara, menukil laporan BH Online.

Berikut adalah lima jenis makanan tersebut:

1. Bahan adunan, perasa kering

Adunan basah seperti adunan tempura lazimnya memerlukan minyak panas supaya ia cepat ranggup.

Memandangkan alat penggoreng udara berfungsi dengan mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan kaedah tradisional, seperti dinukil BH Online.

Selain itu, para pengguna juga akan berdepan masalah di mana sebahagian adunan itu akan menitis semasa proses memasak.

Justeru, para pengguna dinasihati supaya tidak menggoreng makanan itu tanpa ia dicampur sedikit bahan-bahan lain seperti minyak dan perasa agar rasa makanan sempurna dan tetap lazat.

2. Masak nasi

Sama seperti adunan basah, ia memerlukan minyak yang banyak supaya ia dapat masak dengan sempurna.

Begitu juga dengan beras mentah, ia perlukan air untuk memasak dan penggoreng udara tidak sesuai untuk kegunaan masakan ini.

3. Ayam panggang

Jika anda meletakkan seluruh ayam untuk dipanggang ke dalam alat itu, mungkin terdapat kurang ruang bagi udara beredar dengan betul lalu menjejas ayam itu daripada dimasak secara sekata, menurut BH Online.

Ini terutama sekali bagi bahagian ayam yang berada paling dekat dengan sumber haba, ia mungkin akan masak lebih cepat berbanding bahagian bawah.

4. Bertih jagung

Jagung perlukan kepanasan antara 400 dengan 460 darjah Selsius untuk mengembang.

Kebanyakan penggoreng udara pula tidak mampu mencapai suhu setinggi itu.

Namun jika anda mempunyai penggoreng udara yang boleh mencapai 400 darjah Celsius, ia mungkin berisiko cepat hangus.

Bertih jagung akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Malah, ada sesetengah daripada bertih jagung secara akan terlekat atau tersangkut pada elemen pemanas di bahagian atas.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan