4 daripada 10 pasangan suami isteri Korea Selatan tidak miliki anak
Sehingga 2017, hampir empat daripada 10 pasangan yang berkahwin di Korea Selatan tidak mempunyai anak, menurut statistik pemerintah yang dikeluarkan pada Selasa (11 Dis).

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)
SEOUL: Sehingga 2017, hampir empat daripada 10 pasangan yang berkahwin di Korea Selatan tidak mempunyai anak, menurut statistik pemerintah yang dikeluarkan pada Selasa (11 Dis).
Seramai 1.1 juta pasangan yang berkahwin secara sah dan usia perkahwinan di bawah lima tahun, daripada jumlah itu seramai 414,000 pasangan atau 37.5 peratus tidak mempunyai anak.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya, menurut agensi berita Xinhua.
Dalam kes pasangan yang kedua-duanya bekerja 43.3 peratus tidak mempunyai anak, manakala 32 peratus dalam kalangan pasangan yang suami atau isteri sebagai pencari nafkah.
Keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap kadar kelahiran rendah yang semakin serius. Bilangan wanita yang subur dan boleh hamil menunjukkan penurunan dari 1.05 pada 2017 kepada 1.19 pada 2008.
Korea Selatan perlu memastikan kadar kesuburan berada pada 2.1 untuk mengekalkan penduduk negara seramai 51 juta.
Trend terkini di kalangan generasi muda dilihat cenderung memilih menangguhkan perkahwinan atau enggan mempunyai anak, ketika negara berdepan masalah pengangguran belia yang tinggi dan harga rumah mahal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.