4 cawangan Long John Silver's kini dibuka 24 jam
Rangkaian makanan segera Long John Silver's mengumumkan bahawa empat cawangannya akan dibuka 24 jam sehari.
Cawangan Long John Silver's di Junction 8 adalah salah satu cawangan yang akan dibuka 24 jam. (Gambar: CapitaLand)
Cawangan-cawangan itu terletak di Junction 8, Kampung Admiralty, Northpoint City dan Yew Tee Point, menurut Long John Silver's dalam catatannya di Instagram pada Sabtu (19 Jul).
Terkenal dengan hidangan makanan laut yang digoreng, restoran makanan segera itu mempunyai 17 cawangan di merata Singapura.
Sempena sambutan SG60, rangkaian makanan segera itu turut memperkenalkan menu 'Chilli Crab' untuk edisi terhad, menampilkan hidangan seperti burger 'chilli crab' ala roti mantau, yang menggabungkan citarasa tempatan dengan tawaran makanan lautnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.