4 cara kuatkan tulang dengan mudah tanpa harus minum susu
Lazimnya, orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihati supaya meminum susu dalam diet harian mereka agar dapat menguatkan tulang sendi masing-masing. Ini disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam susu.
Gambar hiasan (Gambar: Pixabay/Couleur)
JAKARTA: Lazimnya, orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihati supaya meminum susu dalam diet harian mereka agar dapat menguatkan tulang sendi masing-masing. Ini disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam susu.
Bagaimanapun, segelintir orang yang tak tahan laktosa malangnya tidak boleh mengamalkannya dalam diet masing-masing.
Keadaan tak tahan laktosa merupakan salah satu masalah pencernaan ketika seseorang tidak mampu untuk mencerna laktosa yang ada di dalam susu. Keadaan tersebut boleh menyebabkan gejala seperti kembung, cirit-birit dan sakit perut.
Dalam pada itu, seseorang yang tidak minum susu boleh mengalami masalah kekurangan kalsium, sekali gus mengalami masalah pada tulang sendi masing-masing.
Mujur, kandungan kalsium turut boleh diperolehi daripada sumber-sumber lain. Antara kandungan nutrisi yang diperlukan untuk menguatkan tulang adalah magnesium, kalium (potassium) dan vitamin K.
Dipetik dari The Heath Site, berikut adalah beberapa jenis makanan yang kaya kalsium yang boleh menggantikan pengambilan susu.
Sayuran Berdaun Hijau
Bayam merupakan salah satu jenis sayuran yang boleh memberikan pelbagai manfaat terutamanya bagi tulang. Terdapat kandungan kalsium, magnesium dan vitamin K di dalam sayuran hijau seperti bayam.
Sejumlah kandungan tersebut merupakan sumber yang paling diperlukan untuk menguatkan tulang. Meningkatkan pengambilan magnesium juga boleh membantu meningkatkan kepadatan tulang pada golongan wanita yang mengalami osteoporosis.
Badam
Badam merupakan sumber kalsium yang paling kaya di antara jenis kacang lainnya.
Pakar nutrisi menyebut bahawa 22 butir badam atau 28 gram kacang ini boleh memenuhi keperluan kalsium harian.
Badam memiliki kandungan magnesium yang sangat kaya di dalamnya. Selain itu, jenis kacang ini juga kaya serat, asam lemak omega-3, serta lemak sihat yang boleh meningkatkan kesihatan otak, jantung dan usus.
Ubi
Ubi merupakan salah satu sayuran yang mengenyangkan dan kaya magnesium dan kalim (potassium). Sebatang ubi memiliki kandungan potassium seganda berbanding pisang.
Sayangnya, manfaat luar biasa ini boleh hilang sekiranya terdapat kandungan garam di dalam tulang anda. Oleh itu, pastikan untuk tidak memakan terlalu banyak garam setelah mahupun sebelum memakan ubi.
Paprika
Paprika selama ini dikenali sebagai salah satu sayuran dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Sayuran ini juga diketahui memiliki manfaat bagi tulang.
Paprika memiliki kandungan kalsium yang juga sangat tinggi di dalamnya. Sayuran ini membantu pembentukan kolagen, protein yang ditemui di dalam tulang dan boleh meningkatkan kekuatan dan kepadatannya.
Sejumlah manfaat yang terkandung dari berbagai makanan tersebut menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kalsium.
Bagi mereka yang tidak boleh meminum susu, makanan-makanan ini boleh menjadi pilihan yang sangat baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.