Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 buah-buahan ini boleh bantu bakar lemak lebih cepat

Makanan berperanan untuk memberikan tenaga dan nutrien kepada tubuh. Namun, makan berlebihan memudaratkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
4 buah-buahan ini boleh bantu bakar lemak lebih cepat

Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 11:02PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 11:07PM

JAKARTA: Makanan berperanan untuk memberikan tenaga dan nutrien kepada tubuh. Namun, makan berlebihan memudaratkan diri.

Mari budayakan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi mampu membuat tubuh terus berasa kenyang dan membantu anda tidak makan secara berlebihan.

4 jenis buah-buahan ini boleh membantu bakar semua lemak lebih cepat, sekaligus menurunkan berat badan lebih pantas dan sihat!

1. Semangka

Semangka merupakan buah yang mengandungi banyak air. Buah ini dapat membantu tubuh anda kekal hidrat dengan baik. 92 peratus daripada kandungan semangka terdiri daripada air, dengan kandungan sifar lemak dan tanpa kolesterol lantas boleh membantu menurunkan berat badan.

2. Betik

Betik mengandungi vitamin A, C dan B serta kandungan lemak, kalori, dan kolesterol yang rendah. Oleh itu, buah ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan anda. Selain itu betik juga dapat membantu mengatasi masalah perut seperti kembung, sembelit, dan gastrik.

3. Laici

Buah ini memiliki kandungan kalori yang rendah serta tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Maka itu ia amat sesuai dimakan untuk membantu membakat lemak.

4. Jambu batu

Anda juga boleh membakar lemak lebih cepat dengan makan jambu batu. Malah, buah jambu juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi.

Selain memakan buah-buahan tersebut, terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda membakar lemak dalam tubuh dengan lebih cepat. Antaranya ialah bersenam dan menjalani gaya hidup aktif. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan