4 bahan di rumah ini boleh digunakan untuk atasi masalah kutu air
Menjaga kesihatan kaki serta memastikan ia tidak kotor amat penting agar tidak mengundang pelbagai jangkitan atau masalah kulit.
INDONESIA: Menjaga kesihatan kaki serta memastikan ia tidak kotor amat penting agar tidak mengundang pelbagai jangkitan atau masalah kulit.
Kutu air misalnya memberi kesan gatal, melecet dan kulit merekah di antara jari kaki anda.
Risiko dari jangkitan kutu air di kaki meningkat bagi mereka yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah berat badan keterlaluan atau obesiti.
Berikut adalah empat bahan yang senang dicari di rumah yang dikongsi oleh laman Merdeka.com untuk membantu mengatasi masalah kutu air.
1. PEK AIR BATU
Tidak seperti namanya, kutu air bukan disebabkan kewujudan kutu pada kawasan kaki.
Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kulat yang membiak pada lapisan kulit di bahagian kaki.
Pek ais adalah satu cara untuk mengatasi pelbagai masalah kulit; dari rasa gatal hingga kulit melecur.
Anda hanya perlu isi beg plastik dengan air batu, kemudian balutkan dengan kain dan tekan pada bahagian kulit terjejas.
Lakukan ini selama 15 minit untuk kurangkan rasa sakit dan gatal.
2. CUKA EPAL
Cuka epal merupakan bahan yang sering digunakan untuk mengubati alahan kulit. Ini kerana kandungan antiseptik, antibakteri, dan anti kulat yang membuatnya sesuai menjadi bahan pengubat bagi masalah kulit.
Cara menggunanya juga amat mudah.
Anda hanya perlu campurkan sedikit air pada cuka epal. Kemudian celup kapas pada campuran tersebut dan sapu secara lembut pada bahagian kaki yang mengalami masalah.
3. DAUN SEMAMBU ATAU NEEM
Daun semambu memiliki kandungan antimikrob yang boleh menghilangkan kotoran dan racun yang melekat pada kulit.
Untuk menggunakannya, rebus satu genggam daun semambu selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kandungan yang bermanfaat dari daun ini akan berpindah kepada air rebusan tersebut.
Kemudian, gunakan air rebusan tersebut untuk mandi dan simpan bakinya untuk digunakan selanjutnya.
4. LIDAH BUAYA
(Gambar: 2019 Merdeka.com/Pixabay)
Sapukan lidah buaya, atau 'aloe vera' dua atau tiga kali setiap hari.
Ini berkesan menghilangkan jangkitan kulat pada kulit.
Empat bahan tersebut boleh digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan kutu air.
Namun, jika anda mengalami tanda-tanda bernanah, radang, kesakitan dan ketidak selesaan, dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan kerana anda mungkin memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan kulit sebelum ia menjadi lebih serius.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.