3 tips masak sayur supaya tidak kehilangan khasiat
Sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat dan vitamin A, C, K, B, kalium, dan serat.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat dan vitamin A, C, K, B, kalium, dan serat.
Justeru, pengambilan sayur-sayuran setiap hari adalah penting untuk kesihatan.
Pakar pemakanan bahkan menasihati agar sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan anda perlu diisi dengan sayur-sayuran.
Menukil laporan Medical News Today, tiada satu-satu sayuran yang dianggap paling sihat.
Sebaliknya, pemakanan pelbagai jenis sayur-sayuran adalah penting demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh.
Namun tahukah anda, vitamin B dan C dalam sayur-sayuran mudah rosak apabila ia terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari?
Malah, khasiat yang terkandung dalam sayur juga boleh hilang jika ia direbus.
Bahan khasiat antioksidan dalam sayur pula akan berkurangan sehingga 20 peratus apabila ia direbus.
Selain itu, khasiat vitamin C akan hilang dalam air rebusan sayur tersebut.
Menurut satu kajian oleh para penyelidik dari Universiti Zhejiang yang diterbitkan dalam Jurnal Universiti Zhejiang, kandungan khasiat sayur brokoli didapati hilang apabila sayur itu direbus, seperti dinukil BH Online.
Kajian itu juga mendapati bahawa kandungan klorofil, protein dan gula serta vitamin C pada sayur brokoli itu juga hilang.
Rencana Healthline pula menyatakan sayur yang direbus akan kehilangan khasiat tiamin, niacin dan vitamin B sebanyak 60 peratus apabila ia dilarutkan dalam air.
Justeru apakah cara penyediaan sayur-sayuran terbaik untuk mengekalkan khasiat dalam sayuran?
Jika anda ingin menikmati hidangan sayur yang dimasak rebus, sebaiknya anda celur sahaja sayur itu untuk tempoh singkat, seperti dinukil BH Online.
Pastikan sayur itu tidak dipotong kecil-kecilan untuk membantu mengurangkan kadar kehilangan zat makanan.
Satu lagi kaedah memasak sayur-sayuran adalah dengan cara mengukus.
Kaedah itu paling mudah dan lebih pantas untuk memasak sayur.
Ia juga mampu mengekalkan zat semula jadi dalam sayur-sayuran pada tahap maksimum.
Selain itu, anda juga boleh bakar atau panggang sayur berkenaan.
Untuk menambah keenakan rasa hidangan, anda boleh gaulkan sayur dengan minyak zaitun, bawang putih, garam dan sedikit lada sulah, seperti dinukil BH Online.

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.