Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

3 sebab kenapa perlu bersenam sewaktu berpuasa

Ada tiga sebab utama kenapa bersenam perlu ketika puasa. Selama ini, sering dianggap bahawa ketika berpuasa, aktiviti senaman juga ‘terpaksa’ direhatkan. Rupanya, puasa bukan alasan untuk tidak bersenam.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Ada tiga sebab utama kenapa bersenam perlu ketika puasa. Selama ini, sering dianggap bahawa ketika berpuasa, aktiviti senaman juga ‘terpaksa’ direhatkan. Rupanya, puasa bukan alasan untuk tidak bersenam.

Menurut Pakar Nutrisi Kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) Malaysia, Aimran Jamil, jika ingin turunkan berat badan ketika bulan puasa ini, tidak perlu terlampau paksa diri untuk bersenam kerana takut menjejaskan diri sendiri.

"Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya seperti dinukil majalah Nona.

Encik Aimran berkongsi tiga sebab mengapa senaman perlu tatkala berpuasa:

  • Senaman mampu buat umat Islam lebih cergas beribadah pada bulan Ramadan
  • Fungsi senaman adalah untuk kekalkan berat badan dan kecergasan
  • Tubuh akan lebih peka ketika solat tarawih dan dapat tidur lebih nyenyak


Berikut adalah tip bersenam ketika berpuasa:

  • Waktu sesuai bersenam adalah 30 minit atau sejam sebelum berbuka
  • Intensiti bersenam tidak perlu berlebihan sampai penat atau tekak kering
  • Cukup hanya dengan berpeluh. Contohnya kalau berlari, tetapkan dulu masa selama 30 minit kemudian naikkan kepada 40 minit.


Ini pula tip untuk mengelakkan tubuh lesu ketika berpuasa:

  • Kalori yang diambil perlu hampir sama ketika bersenam pada hari biasa
  • Elakkan pengambilan karbohidrat dan minuman bergula secara berlebihan
  • Pengambilan protein akan bantu membaiki semula tubuh selepas bersenam, di mana proses kecut regang otot berlaku
  • Sel darah, otot dan hormon semuanya dibina melalui protein akan membantu tubuh berfungsi dengan baik
  • Makan dua biji telur rebus semasa sahur cukup untuk sumber protein sepanjang hari


Menurut Encik Aimran, makan selepas senaman dapat menggantikan kalori yang sudahpun digunakan.

  1. Penting untuk menambah glikogen yang habis digunakan semasa latihan.
  2. Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
  3. Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.


Apabila tidak makan selepas melakukan senaman, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah, terang Encik Aimran. Bahkan tanpa kemasukan nutrisi, proses pembaikan otot dalam badan juga akan terhalang.

Jika anda secara rutin mengelak daripada makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.

Sumber : Sumber Web/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan