Skip to main content

Gaya Hidup

3 cara ukur tahap kecergasan tanpa tumpuan pada berat badan

Anggaran Waktu Membaca:
3 cara ukur tahap kecergasan  tanpa tumpuan pada berat badan

(Gambar: Pexel)

Diterbitkan : 11 Apr 2023 12:14AM Dikemas Kini : 11 Apr 2023 12:19AM
NEW YORK: Manfaat senaman ke atas kesihatan mental dan fizikal amat sememangnya amat ketara.

Namun, kerap kali berat badan seseorang digunakan untuk menilai tahap kecergasannya.

Hakikatnya ialah, ia bukan kaedah ukuran paling tepat untuk menilai kecergasan seseorang dan boleh menjeaskan keyakinan diri.

Satu perkara yang pasti adalah otot pada umumnya jauh lebih berat dibandingkan dengan lemak.

Justeru, jika anda melakukan banyak latihan unutk menguatkan otot, besar kemungkinan berat badan anda akan naik selagi antara bersenam lebih kerap.

Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa saiz badan tidak semestinya penentu kesihatan anda.

KESIHATAN JANTUNG

Dari perspektif psikologi, kecergasan boleh ditakrifkan sebagai "sejauh mana jantung, paru-paru, sistem kardiovaskular menggunakan oksigen," kata Dr Lee Stoner, seorang penolong profesor fisiologi senaman di Universiti North Carolina.

Cara paling mudah untuk menilainya ialah menerusi kadar degupan jantung anda.

Lebih baik kecergasan kardiovaskular anda, semakin rendah kadar degupan jantung anda ketika berehat. Ini kerana jantung boleh mengepam lebih banyak darah dengan setiap degupan.

Degupan jantung lebih rendah bermakna jantung berfungsi dengan lebih cekap, mengepam jumlah darah yang sama ke seluruh badan dengan tidak perlu bekerja keras.

Kadar jantung bagi dewasa yang sihat adalah antara 60 hingga 80 degupan setiap minit.

MATLAMAT SENAMAN

Menetapkan dan mencapai sasaran senaman adalah strategi paling sesuai untuk menjejak sejauh mana kekuatan dan daya tahan anda.

Ujian kecergasan juga berguna kerana ia menyediakan tanda aras permulaan bedasarkan keupayaan anda sendiri, untuk dijadikan perbandingan.

Apabila anda memulakan program latihan baru, pilih ujian kecergasan yang mencerminkan matlamat kecergasan anda.

KEGIATAN SEHARIAN

Satu lagi cara mengukur kesan senaman ia menjejaki kegiatan yang di lakukan di luar gim.

Ia termausk mengangkat anak kecil anda atau menaiki tiga anak tangga tanpa merasa penat.

Cik Jamie Carbaugh, seorang pelatih peribadi bertauliah mentakrifkan kecergasan dengan satu soalan: "Adakah anda dapat melakukan perkara yang ingin anda lakukan dalam kehidupan seharian anda?"

Maka itu, Cik Carbaugh mengesyorkan pelangganya mengutamakan keupayaan dan bukan menumpukan kepada estetik.

Seperti contoh, pelanggan wanitanya ingin meningkatkan stamina supaya dapat menghadiri majlis perkahwinan cucu perempuannya.

Seorang lagi, menetapkan matlamat dapat mengangkat bagasinya sendiri untuk diletakkan dalam kompartmen pesawat tanpa perlu bantuan orang lain.

 
Sumber : AGENCIES/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita