Skip to main content

Gaya Hidup

20 tips untuk bantu anda di dapur, rumah dan ketika berbelanja

Anggaran Waktu Membaca:
20 tips untuk bantu anda di dapur, rumah dan ketika berbelanja

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 30 Mar 2023 10:10PM Dikemas Kini : 30 Mar 2023 10:56PM
SINGAPURA: Ketika melakukan rutin seharian, kita mungkin tidak sedar terdapat cara-cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi sama ada di rumah mahupun semasa berbelanja.

Malah, sebahagian daripada panduan ini tidak rumit serta menjimatkan masa dan wang.

DAPUR

1. Masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras untuk halau dan elakkan kutu beras.

2. Selepas mencuci beras, gunakan airnya untuk menyiram pokok.

3. Untuk menghilangkan bau hanyir ikan sebelum dimasak, perap ikan itu dalam air beras selama beberapa minit.

4. Cicak tidak suka bau telur, jadi letakkan kulit telur yang sudah dikeringkan di tempat ia sering dilihat (seperti di dapur).

5. Jika anda ingin menyedapkan lagi hidangan ayam atau daging, tambahkan kacang sudah dikisar halus(seperti gajus dan badam) untuk memekatkan kuahnya menjadi lebih lazat.

6. Jika anda terkena percikan minyak panas ketika memasak, segera siram bahagian terjejas dengan air bersih. Kemudian, sapu gel petroleum di bahagian tersebut.

7. Susah nak buka penutup botol yang ketat? Lilitkan sahaja getah pada penutup botol dan pusing untuk membukanya. Anda juga boleh ketuk penutupnya beberapa kali menggunakan sesuatu yang keras, seperti sudu, untuk melepaskan tekanan di dalam bekas.

8. Selepas menyediakan makanan, gosok jari-jari anda di bahagian rata pisau keluli tahan karat sedang anda mencucinya. Ini membantu menghilangkan bau dari bahan-bahan yang mempunyai bau kuat seperti bawang putih.

9. Tambahkan beras dalam bekas garam anda supaya ia tidak bergumpal.

RUMAH

10. Untuk mengurangkan bau busuk pada kasut, rendam dua uncang teh dalam air panas, sejukannya, dan masukkan ke dalam setiap kasut. Selepas sejam, keluarkan uncang teh itu dan keringkan kasut. Gunakan lebih banyak uncang teh atau letakkannya lebih lama jika bau busuk itu teruk.

11. Jika zip pakaian anda sentiasa tersangkut, gosokkan sabun pada 'giginya' supaya lebih licin.

12. Anda tidak sengaja tertinggal tisu di dalam mesin basuh sehingga baju berbulu? Pencukur biasa sangat berkesan menghilangkan bekas itu.

13. Apabila membersihkan kipas siling, tutup setiap bilah kipas dengan sarung bantal lama and gunakannya untuk membersihkan habuk yang tebal tanpa ia berterbangan merata-rata tempat.

14. Gunakan sponge busa melamin untuk membersihkan tembok anda..

15. Cara baik untuk memastikan simpanan cadar anda terurus - lipatkannya bersama sarung selimut ke dalam sarung bantal.

16. Cawan kaca pecah? Gunakan sekeping roti untuk mengangkat serpihan yang lebih kecil.

BELI BELAH

17. Buat senarai barangan tahan lama kegemaran anda seperti beras, makanan dalam tin dan barang-barang keperluan peribadi dan belinya secara borong ketika jualan murah.

18. Beli barangan ikut musim - ia lebih murah dan segar.

19. Di pasar raya, beli makanan laut beku, bukan yang segar. Proses membekukan makanan laut selalunya dilakukan dekat dengan laut bermakna mutunya lebih tinggi berbanding ikan yang dijual secara terbuka selama beberapa jam.

BONUS

20. Anda terlupa beli penyembur serangga? Vicks Vaporub mengandungi minyak daun cedar, yang merupakan penghalau semula jadi. Jika anda menyapunya selepas digigit nyamuk, ia membantu melegakan kesan gatal.
 
Sumber : CNA/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita