Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

2 telefon lipat baru Samsung akan dijual di S'pura; harga bermula S$1,398

Samsung Z Fold 3 dan Z Flip 3 boleh didapati di S'pura mulai 10 Sep, masing-masing pada harga bermula dari S$2,398 dan S$1,398.

Anggaran Waktu Membaca:
2 telefon lipat baru Samsung akan dijual di S'pura; harga bermula S$1,398

(Gambar: Samsung)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 10:57PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 11:01PM

SINGAPURA: Rasanya seperti baru semalam apabila Samsung Galaxy Z Fold dilancarkan, telefon bijak lipat yang boleh dibuka menjadi tablet.

Tiga tahun kemudian, telefon bimbit lipat terbaru itu masih mencetuskan perbualan. Ia kini memiliki sejumlah keunggulan berbanding bersi terdahulu.

Z Fold 3 dan Z Flip 3 dilancarkan di acara Galaxy Unpacked anjuran gergasi teknologi itu baru-baru ini pada Rabu (11 Ogos). Kedua-duanya boleh didapati di Singapura mulai 10 Sep, masing-masing dengan harga bermula daripada S$2,398 dan S$1,398.

Turut dilancarkan semasa acara yang disiarkan secara langsung itu ialah siri Galaxy Watch 4 baru dan 'earbud' tanpa wayar Galaxy Buds 2.

Samsung turut mengumumkan sasaran awal jelang 2025 untuk menjadi lebih mampan dan mengurangkan kesannya pada alam sekitar.

Namun yang pasti, telefon-telefon terbarunya yang mencuri tumpuan - lengkap dengan pelbagai ciri baru yang melambangkan usaha berterusan Samsung dalam pasaran telefon lipat.

Namun dengan begitu banyak ciri, bagaimana untuk membuat pilihan? Berikut ringkasan tawaran terkini Samsung dan ciri-cirinya.

PRODUKTIVITI

Jika anda benar-benar ingin melakukan pelbagai tugasan sambil menonton filem dan bahan hiburan lain, Galaxy Z Fold 3 mungkin pilihan yang sesuai. Ia menjanjikan keupayaan mengendalikan pelbagai tugas secara serentak dengan baik dan mempunyai paparan Infinity Flex Display 7.6 inci. Ia juga merupakan peranti lipat pertama yang dilengkapi stylus S Pen.

TAHAN LASAK

Kedua-dua Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 telah diuji untuk tahan 200,000 kali buka tutup lipatan dibuat. Kedua-dua peranti ini juga dibina dengan "aluminium perisai" baru - didakwa sebagai aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon bijak - bersama dengan Gorilla Glass Victus untuk melindunginya daripada mudah tercalar. Skrin pelindung baru itu bermakna paparannya 80 peratus lebih tahan lama daripada versi sebelumnya.

TAHAN AIR

Galaxy Z Fold 3 diiktiraf piawai Tahan Air IPX8, iaitu satu berita baik bagi mereka yang sering membawa telefon mereka ketika mandi atau berenang.

SKRIN DIPERTINGKAT

Galaxy Z Fold 3 adalah 29 peratus lebih terang berbanding model sebelumnya dan mempunyai paparan 120Hz, baik di layar utama dan skrin depan. Ia juga menawarkan teknologi Under Display Camera, bermakna kamera tidak terlalu banyak menghadang ruang skrin.

GAYA DAN FUNGSI

Sekiranya fesyen lebih diutamakan, maka Galaxy Z Flip 3 menawarkan telefon kompak dengan upaya lipatan. Ia ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna baru: Cream, Lavender, Hijau dan Phantom Black.

Skrin penutup yang direka semula kini empat kali lebih luas daripada yang dahulu, menjadikannya lebih mudah untuk melihat pemberitahuan (notification) dan mesej tanpa perlu membuka peranti itu sepenuhnya. Satu lagi pembaharuan ialah Samsung Pay tersedia pada skrin penutup, jadi lebih mudah untuk melakukan sebarang pembayaran dalam perjalanan.

Dan ya, anda juga boleh mengambil swafoto menggunakan mod 'Flex'. Malah, anda boleh memetik gambar - dan kini merakam video - dengan pantas dari skrin luar, tanpa perlu membuka telefon. Ini boleh dilakukan dengan fungsi 'Quick Shot' dengan menekan butang utama dua kali.

Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G akan mula dijual di Singapura pada 10 September. Pesanan awal kini boleh dibuat di Samsung Online Store, kedai rasmi Samsung di Lazada dan Shopee, Gedung Pengalaman Samsung dan juga pengendali telekomunikasi terpilih (M1 , Singtel, StarHub).

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan