2 tangan tidak cukup? Mungkin anda ingin beli 2 lagi 'tangan tambahan'
Sebuah syarikat robotik di Itali, Youbionic, berjaya menghasilkan cetakan 3D dua tangan robotik.
Gambar tangan tambahan. (Gambar: Youtube)
ITALI: Sebuah syarikat robotik di Itali, Youbionic, berjaya menghasilkan cetakan 3D dua tangan robotik.
Alat cetakan 3D itu, yang direka Federico Ciccarese, diperbuat dari habuk nylon dan menggunakan alat-alat dan sensor yang diaktifkan menggunakan denyutan saraf, sama seperti bagaimana otak menyalurkan isyarat neuron untuk menggerakkan otot.
"Terdapat elektrik di semua otot badan kita," kata CEO Youbionic Federico Ciccarese kepada laman Digital Trends. "Apabila otak kita menghantar denyutan ke otot, sensor mengesan dan menyalurkan isyarat kepada sistem kawalam mikro."
Percubaan awal direka dan digunakan untuk mereka yang kudung. Tetapi apabila pereka memperbaiki dan menaik taraf alat tersebut, mereka mendapat ia boleh digunakan dengan lebih luas lagi sebagai "tambahan" kepada sistem tubuh manusia, menurut laman Odditycentral.
"Syarikat-syarikat teknologi sedang bekerja untuk mempertingkatkan minda kita. Kami sedang berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan tubuh," menurut lamannya itu. "Kami sedang melakukan langkah-langkah pertama untuk membina peralatan untuk menyokong kebolehan semula jadi tubuh kami bagi memberikannya kebolehan luar biasa."
Video yang dimuatnaik ke laman Youbionics menunjukkan bagiamana tangan bionik itu digunakan. Ia dipasang ke tangan manusia dan alat kawalannya dipasang pada empat jari. Menggerakkan jari telunjuk dan jari hantu akan menggerakkan satu tangan dan menggerakkan jari cincin dan jari kelengkeng akan menggerakkan tangan kedua, menurut laman Odditycentral.
Gerakan yang pantas akan menggengam, manakala perlahan akan membuat gerakan seakan mencubit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.