2 cawan kopi sehari bantu kurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 8 kali ganda: Kajian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berita baik bagi mereka yang meminum teh dan kopi, terutama sekali bagi golongan yang mempunyai kecenderungan genetik untuk menghidap penyakit Parkinson (PD).
Satu kajian baharu daripada Institut Neurosains Nasional Singapura (NNI) mendapati bahawa dua cawan kopi (kopi tradisional yang diperbuat daripada biji kopi robusta) sehari dapat bantu mengurangkan risiko PD sebanyak empat hingga lapan kali ganda dalam kalangan mereka yang mempunyai varian gen Asia yang dikaitkan dengan kondisi tersebut.
Kafein didapati mempunyai potensi kesan perlindungan terhadap PD serta kondisi neurodegeneratif lain, menurut penyiasat utama kajian Profesor Tan Eng King, yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Akademik) dan Perunding Kanan dengan Jabatan Neurologi NNI.
"Kami telah menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan risiko PD dengan ketara dan menyamakan kedudukan bagi orang Asia yang secara genetik lebih berisiko tinggi menghidap PD dan kini bebas simptom,” kata Profesor Tan.
Lebih 8,000 orang menghidap PD di Singapura dan ia kini kondisi neurodegeneratif yang paling pesat berkembang secara global.
BAGAIMANA KAFEIN DAPAT MEMBANTU?
Kafein boleh mengurangkan keradangan neuron dalam otak, yang dapat membantu mengurangkan kematian sel, kata Profesor Tan di Simposium Penyakit Parkinson dan Gangguan Pergerakan Antarabangsa Singapura yang ke-10. Namun, ia belum lagi diketahui bagaimana kafein memberi kesan kepada varian gen Asia bagi penyakit Parkinson.
Apa yang diketahui adalah individu yang mempunyai varian gen Asia mempunyai risiko sebanyak 1.5 sehingga dua kali ganda lebih tinggi untuk menghidap PD.
Terdapat dua varian gen Asia yang lebih sering berlaku dalam kalangan orang daripada Asia Timur, and sehingga 10 peratus warga Singapura mempunyai varian gen ini.
Satu lagi kajian NNI menunjukkan bahawa 26 peratus bilangan penduduk Singapura yang lebih tua mengalami gelaja Parkinson. PD adalah gangguan otak yang menyebabkan pergerakan yang tidak terkawal, seperti menggigil, rasa tegang dan kesukaran untuk mengimbangi diri serta penyelarasan.
Kajian ini melibatkan 4,488 individu yang menyelesaikan
senarai soalan berhubung pengambilan kafein bagi mencatat jumlah kopi yang diminum setiap hari.
Daripada jumlah tersebut, 1,790 menghidap PD, 2,698 tidak dan kesemua mereka mempunyai satu daripada dua varian gen Asia yang dikaitkan dengan PD.
Ia didapati bahawa pengambilan kafein secara purata adalah sekitar 448mg dalam kalangan peserta PD dan 473mg dalam kalangan mereka yang tidak menghidap PD.
Pengambilan kafein peserta adalah serupa dengan empat hingga lima cawan kopi arabika bancuhan gaya Barat (235ml atau 8 fl oz setiap cawan) atau dua cawan kopi yang diperbuat daripada biji kopi robusta, yang mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi daripada biji kopi arabika.
Walaupun manfaat perlindungan kafein kelihatan meningkat dengan dos yang lebih tinggi, mereka yang minum kurang daripada 200mg kafein sehari masih mengurangkan risiko mereka menghidap PD.
Mengambil 400mg kafein sehari secara amnya dianggap selamat untuk kebanyakan orang dewasa yang sihat.
Minum kopi atau teh dengan susu, gula, madu atau bahan tambahan lain tidak menjejaskan kesan kafein pada PD, menurut kajian itu.
"Kajian ini mempunyai implikasi penting untuk pencegahan PD, terutamanya di negara seperti Singapura, di mana varian gen Asia adalah perkara biasa," kata Prof Tan.
"Teh dan kopi mudah didapati dan diterima secara budaya di kebanyakan masyarakat Asia dan pengambilan kafein dalam had biasa menawarkan cara yang mudah dan menyenangkan untuk orang ramai berpotensi mengurangkan risiko PD mereka."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.