12 pereka fesyen amatur tunjuk bakat dalam pertandingan realiti baru So Stylo!
Tekanan mereka dan menjahit baju dalam jangka masa yang singkat hinggalah kepada membuat perubahan saat akhir pada pakaian yang sudah siap dijahit.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Tekanan mereka dan menjahit baju dalam jangka masa yang singkat hinggalah kepada membuat perubahan saat akhir pada pakaian yang sudah siap dijahit.
Itulah di antara detik-detik penuh mendebarkan dalam pertandingan realiti terbaru So Stylo!
Rancangan 'So Stylo!' yang ditayangkan di saluran Suria pada setiap Selasa, mencabar kebolehan 12 peserta untuk mereka fesyen mengikut tema-tema yang ditetapkan,
"Bila mereka mempamerkan rekaan mereka setiap minggu di atas 'runway', rekaan mereka betul menarik sangat. Saya sebenarnya terpegun kerana sebagai pengacara, saya macam wah, di Singapura ini ada sebenarnya bakat-bakat yang belum dicungkil," kata pengacara So Stylo!, Fatin Amira kepada BERITAmediacorp.
Para peserta mendapat tunjuk ajar daripada pereka fesyen tempatan, Hafizah Ghazali selaku mentor.
"Mereka sebenarnya diberikan masa 14 jam untuk mereka sesuatu berdasarkan tema untuk minggu itu. Jadi dalam masa yang terhad ini, sebenar ia agak mencabar untuk mereka sesuatu daripada mula.
"Jadi untuk mereka tampil ke hadapan dan tetap menyahut cabaran ini ia adalah sesuatu yang sangat mengagumkan," kata Cik Hafizah Ghazali yang menghasilkan pakaian di bawah jenamanya sendiri.
Setiap rekaan dinilai oleh pensyarah di Sekolah Fesyen Maktab Seni LASALLE Rohaizatul Azhar dan pereka terkenal Raffiey Nasir.
Rancangan So Stylo! ditayangkan pada setiap hari Selasa pada pukul 8.30 malam dan ia boleh ditonton di saluran Suria atau meWATCH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.