Skip to main content

Gaya Hidup

12 kelebihan tempe dan tips agar ia tahan lama

Anggaran Waktu Membaca:
12 kelebihan tempe dan tips agar ia tahan lama
Diterbitkan : 27 Jan 2023 11:09PM Dikemas Kini : 27 Jan 2023 11:10PM

SINGAPURA: Tempe makanan murah tapi diperkaya dengan khasiat yang mungkin tidak diketahui ramai.

Ia adalah makanan tradisi asal orang Jawa yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat termasuk di Singapura. Jika dahulu kala tempe dibungkus dengan daun, kini ia lebih moden dan boleh juga didapati dalam bungkusan plastik yang di vakum.

Enak apabila digoreng ranggup, diratah begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap dan sebagainya. Tidak hairanlah jika ia menjadi pembuka selera terutama sekali bagi yang gemar menikmatinya.

Selain itu tempe juga merupakan antara sampingan yang mesti ada dalam sajian seperti lontong, nasi rawon, nasi sambal goreng, gado-gado dan sebagainya. Di samping itu, tempe juga mampu menjadi alternatif sumber protein bagi mereka yang tidak makan daging.


Boleh dikatakan tempe sangat versatil dan mudah dipadankan dengan pelbagai lauk pauk yang lain dan pastinya lebih menyelerakan apabila dinikmati bersama nasi hangat.

Related article image
Walaupun merupakan makanan ringkas, tempe mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan merupakan antara makanan yang diperkaya dengan pelbagai khasiat. Tempe berasal dari bahasa Jawa kuno iaitu tumpi yang bermakna makanan berwarna putih.

Diperkaya dengan pelbagai khasiat, hidangan ini juga dikatakan merupakan antara diet harian ramai ketika zaman penjajahan Jepun dulu. Dihasilkan dari kacang soya yang direndam dan diperam menjadi tempe.
 
Related article image
Gambar hiasan: Unsplash
Apa yang lebih menarik tentang makanan ini, selain rasanya yang enak, tempe mengandungi pelbagai gizi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Antaranya, khasiat kalsium, magnesium, zat besi dan fosforus. Pada masa yang sama ia juga dapat mengurangkan tahap kolesterol, mengurangkan radang, membantu menurunkan berat badan, proses penghadaman dan juga merupakan sumber protein yang baik.
Related article image
Gambar hiasan: Pexels


12 KEHEBATAN TEMPE

Hilangkan jerawat

Menikmati tempe secara kerap akan membuat tubuh untuk menghasilkan lebih banyak hormon estrogen yang dapat berfungsi untuk menghilangkan jerawat. Pada masa yang sama, kandungan selenium dan magnesium dalam tempe juga dapat mencegah radikal bebas.

Cegah penuaan awal

Ingin wajah awet muda? Inilah cara yang paling murah dan mudah. Keraplah menikmati tempe. Kulit dikatakan akan menjadi lebih kenyal dan lembut. Kehadiran isoflavan yang terdapat di dalam tempe adalah tinggi sehingga berkesan untuk melambatkan penuaan.

Kesihatan usus

Diperkaya denga serat yang dikenali sebagai probiotik, ternyata kahasiat serat ini memberi bakteria baik dalam usus untuk berkembang dan berganda bilangannya.

Cirit-birit

Jika anda mengalami masalah cirit-birit, cuba amalkan makan tempe. Kandungan protein yang tinggi
dalam makanan ini mempercepatkan tempe untuk dicerna atau hadam. Pada masa yang sama ia juga dapat mengelakkan anda daripada terkena keracunan makanan.

Kesihatan tulang

Diperkaya dengan kalsium dan vitamin K yang tinggi, tidak hairanlah jika tempe juga merupakan antara makanan yang tepat dan baik untuk pembentukan tulang. Proses fermentasi yang dilalui dalam pembikinan tempe dapat membantu untuk memecahkan sebatian yang digelar anti-nutrien.

Kurangkan kolesterol

Kajian juga mendapati produk soya ini mengandungi sebatian asli yang digelar isoflavon yang sering dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol yang digelar kolesterol ‘buruk’.

Protein

Kajian juga mendapati kacang soya merupakan sumber protein tumbahan yang sangat berguna. Ia dapat membekalkan sembilan asid amino penting yang diperlukan tubuh untuk perkembangan atau pertumbuhan, pembaikan dan fungsi seperti imuniti.

Bagi yang sedang berdiet, tempe diperkaya dengan protein yang mudah membuat anda rasa kenyang. Lantas, menjadikannya snek atau makanan yang paling tepat bagi golongan yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan.


Kalsium

Mengalahkan susu, kajian menunjukkan khasiat yang terkandung dalam empat keping potong tempe adalah setanding dengan segelas susu lembu.

Kurangkan gula dalam darah

Oleh kerana kandungan protein tempe adalah tinggi, ia juga merupakan pilihan makanan yang baik bagi yang menghidap kencing manis. Kandungan protein dan serat yang ada mampu menjaga kesimbangan kadar gula darah dan mencegahnya naik lebih tinggi.

Elak semput

Tahukah anda, kesihatan paru dipengaruhi oleh serat dan asam lemak yang hadir dalam aliran darah. Tempe yang mempunyai serat alami memiliki peranan penting untuk mengurangkan peradangan. Kajian menunjukkan bahawa serat fermentasi dari tempe dapat memperkuatkan sel-sel kekebalan paru-paru.

Cegah risiko Parkinson

Penyakit ini melibatkan sistem saraf yang rosak. Kehadiran niasin dalam tempe berfungsi untuk membantu perbaiki sel-sel dan juga dapat mengurangi risiko penyakit ini. Niasin merupakan sejenis vitamin yang memainkan peranan penting dalam kesihatan otak, neurologi dan sebagainya. Jika anda sering mengambil niasin, ia juga dapat mengurangkan risiko seperti kemurungan, kelelahan dan anemia.

Cegah simptom putus haid

Wanita yang melalui menopaus atau putus haid didapati mempunyai tahap estrogen yang rendah dan berisiko untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing, kenaikan berat badan dan sebagainya.

Satu kajian yang dijalankan dikalangan orang Asia di Jepun, Cina, Indonesia dan Korea mendapati pengambilan kacang soya yang diambil adalah tinggi. Oleh kerana tempe mengandungi isoflavan dan ia dapat membantu mengurangkan pedih hulu hati atau simptom yang sering dilalui oleh wanita yang sudah putus haid.

AGAR TEMPE TAHAN LAMA

1. Pilih tempe yang bermutu.
Tidak semua tempe yang tampil cantik. Jika ia dibungkus dengan daun dan kertas anda pasti tidak dapat melihat kandungan di dalamnya. Namun jika tempe bermutu baik, ia tidak akan cepat rosak. Penting utuk memastikan permukaan tempe yang baru dibeli ditutupi seperti kapas putih.

Related article image
2. Alihkan tempe yang dibungkus dalam kertas dan daun ke dalam plastik atau beg 'Ziploc' dan tutup rapi. Anda juga boleh menyimpan tempe di dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering. Kemudian simpan di dalam peti ais.

3. Elak daripada meletakkan tempe dalam suhu ruangan yang panas kerana ia akan memudarkannya untuk cepat rosak dan busuk. Selepas membelinya harus segera simpan di dalam peti ais.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita