12 cara mudah suntik kesegaran pada rumah anda
Tidak perlu tunggu tiba bulan puasa atau menjelang lebaran untuk mula mengemas rumah. Jika terdapat masa yang terluang terutama pada hujung minggu, cuba ketepikan sedikit masa untuk mengubah dekorasi atau susunan atur perkakas dan perabot yang ada untuk memberikan gaya yang berbeza. Dengan kreativiti yang ada, ia pasti dapat mewujudkan suasana berbeza yang lebih luas, bersih dan segar.
Sebelum memulakan misi untuk mengatur dan mengemas semula dekorasi yang ada di rumah, pastikan untuk sediakan bajet yang jelas. Kemudian senaraikan benda-benda yang perlu diganti baharu, diubah suai atau yang perlu dibuang.
Dengan cara ini ia juga akan memudahkan anda untuk fokus pada perbelanjaan agar tidak melebihi bajet yang ditetapkan dan yang penting ia dapat memberi nafas baharu untuk kediaman anda.
12 CARA MUDAH TRANSFORMASI RUMAH
7.Jika sebelum ini anda gemar menghias rumah dengan bunga plastik, sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Bunga tiruan bukan sahaja mudah dilekat habuk, warnanya juga akan pudar dari semasa ke semasa membuatnya hilang seri.
Untuk memberikan kesegaran pada kediaman anda, gantikan bunga plastik dengan pilihan bunga segar atau tumbuhan hijau. Ia bukan sahaja dapat memberi kesegaran pada kediaman anda, tapi juga membuatnya lebih menawan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.