11 aktiviti percuma cuti sekolah September
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar sebuah keluarga muda di Singapura. (Gambar: iStock/SDI Productions)
SINGAPURA: Apa rancangan anda sepanjang minggu ini? Sudah buat perancangan dan senaraikan kegiatan yang ingin dilakukan bersama anak-anak, atau ingin sembang di rumah sahaja?
Setiap kali tibanya cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa yang bertugas akan cuba untuk mengambil cuti beberapa hari dan berusaha mencari idea untuk sertai dalam aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi masa lapang anak-anak.
Menarik pada cuti September ini terdapat pelbagai program yang bukan sahaja menghiburkan, bahkan ditawarkan secara percuma, tanpa memerlukan perbelanjaan besar. Lebih menarik, kesemuanya mesra keluarga. Dari aktiviti seni interaktif dan bengkel pembelajaran, hinggalah acara festival malam yang disinari lampu pelbagai warna yang pasti menarik perhatian ramai.
Meskipun cuti hanya seminggu, manfaatkanlah waktu berharga ini bersama keluarga, sambil anak-anak berehat daripada jadual persekolahan yang padat. Dalam pada itu, mereka turut dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.
Berikut antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi selain pelbagai pilihan akviti untuk disertai.
#1 Kidz September Fest

Berseronok bersama seisi keluarga di Kidz September Fest! Acara tiga hari di HomeTeamNS Bukit Batok ini padat dengan pelbagai aksi yang menghiburkan selain pembelajaran tanpa henti! Daripada boling, luncur kasut hinggalah kelas tarian. Yang pasti, setiap hari menjanjikan pengembaraan sukan yang menyeronokkan untuk si kecil!
Layari: https://www.hometeamns.sg/events/september-school-holiday/
Bila: 9 hingga 11 September 2025, 12.00 tengah hari hingga 6 petang
Lokasi: HomeTeamNS Bukit Batok, 2 Bukit Batok West Ave 7
#2 Star Wars Pop-Up Library

Sempena ulang tahun ke-30 Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) berganding dengan Disney dan Changi Airport Group untuk melancarkan Perpustakaan Pop-Up Star Wars pertama di kota Singa.
Menarik, pengunjung boleh teroka lebih daripada 2,000 buku Star Wars. Selain itu, perpustakaan ini turut menawarkan pengalaman interaktif seperti kuiz personaliti Jedi, cabaran trivia Star Wars dan peluang bergambar digital.
Bila: Sekarang hingga 24 Januari 2026. Masuk percuma.
Lokasi: Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, 65 Airport Boulevard
#3 Kiztopia Turbo Tots Playground

Bahang suasana musim Formula 1 atau F1 sudah dapat dirasakan. Bagi peminat kereta F1, jangan terlepas untuk sertai dalam pelbagai pesta bertemakan perlumbaan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Antaranya, si cilik juga boleh menyertai dalam aksi di Kiztopia Turbo Tots Playground dan cuba lumba kereta permainan F1 mainan yang di pam angin.
Pada masa yang sama, pengunjung juga boleh membeli pelbagai koleksi aksesori F1 selain sertai dalam aktiviti-aktiviti bertenaga tinggi yang pasti menyeronokkan di kawasan litar perlumbaan di dalam kawasan tertutup.
Bila: 6 September hingga 5 Oktober 2025. Masuk percuma.
Lokasi: Marina Square Central Atrium, 6 Raffles Blvd,
#4 Hello Future: Sharing Our Journey Together at SAM

Pameran ini merupakan edisi keenam bagi program Think! Contemporary Preschool anjuran Muzium Seni Singapura (Singapore Art Museum). Ia adalah satu penghargaan yang sangat menyentuh hati terhadap imaginasi serta kreativiti daripada minda si cilik dari 24 prasekolah di merata kota Singa.
Menarik, mereka telah menghasilkan karya seni 3D yang warna-warni, menggambarkan impian peribadi mereka serta kisah silam.
Diilhamkan dari pameran muzium seperti Seeing Forest oleh Robert Zhao Renhui, si cilik yang kreatif ini meneroka tema seperti jati diri, komuniti dan alam sekitar. Jangan lepaskan peluang untuk melihat karya kreatif dari sudut pandang seorang kanak-kanak – penuh dengan keghairahan, kejujuran dan kesegaran.
Bila: 23 Ogos hingga 13 September 2025 dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Masuk percuma Lokasi: Atrium Aras 1, HarbourFront Centre
#5 Biennale kanak-kank di Galeri Nasional

Edisi kelima Biennale ini bertemakan nilai keceriaan, kasih sayang dan impian. Apabila berada di sini, kanak-kanak pasti akan seronok bermain sambil berinteraksi menerusi pelbagai instalasi sentuhan yang dihasilkan oleh artis tempatan serta serantau.
Bila: Sekarang hingga 29 Mac 2026.
Lokasi: Galeri Nasional Singapura
#6 Building Singapore Festival – A Hands-on Family Fun Event at VivoCity

Bagaimanakah kota yang moden seperti Singapura dibina dan dapat terus dikekalkan hingga hari ini? Jawapannya boleh diapati menerusi lima zon interaktif yang menarik yang diperkaya dengan pelbagai informasi menarik.
Pengunjung boleh sertai dan selesaikan semua cabaran untuk dapatkan jawapannya dan memperolehi hadiah eksklusif! Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mendaftar di bengkel LEGO percuma “Build the Change” di go.gov.sg/buildsgworkshop.
Bila: 5 hingga 7 September 2025.
Lokasi: VivoCity, Tingkat 1, Central Court
#7 ‘Piknik’ di Great World

Tayangan filem kanak-kanak secara percuma, permainan Uncle Ringo, makanan ringan yang menarik dan bengkel interaktif – semuanya diadakan dalam suasana piknik moden dalam pusat beli-belah. Sesuai untuk kunjungan seisi keluarga yang ingin melakuan pelbagai aktiviti tanpa perlu risau tentang cuaca.
Bila: 8 hingga 14 September 2025
Lokasi: Great World, Atrium Tingkat 1
#8 SG60 Heart & Soul Experience: Where Home Will Always Be

Menerusi kecerdasan buatan AI dan naratif visual, pameran ini membawa pengunjung mengimbau masa silam, meneroka masa kini dan bayangkan masa depan Singapura dan banyak lagi.
Bahagian pertama pameran yang diadakan di perpustakaan memerlukan tempahan tiket percuma berdasarkan siapa cepat dia dapat. Sementara itu pengunjung juga boleh melawat pameran tanpa tiket yang diadakan di atrium di Orchard Central dan Orchard Gateway!
Bila: Sekarang hingga 31 Disember 2025
Lokasi: Perpustakaan Orchard (pameran bertiket) dan acara di Orchard Central dan Orchard Gateway (masuk percuma).
#9 Sentosa

Tidak perlu ke seberang tambak pada cuti sekolah seminggu ini! Teroka pulau Sentosa dan lebih menarik, masuk percuma dari sekarang hingga 14 Sep 2025. Anda boleh naik Sentosa Express dari Stesen VivoCity atau pandu masuk dengan kenderaan melalui Sentosa Gateway. Menarik anda juga boleh gunakan LifeSG credits di semua kaunter tiket di Sentosa!
Bila: Sekarang hingga 14 September 2025
Lokasi: Pulau Sentosa
#10 Air Force Day
Bila: Sekarang hingga 14 September 2025
Lokasi: Pulau Sentosa
#10 Air Force Day
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Hari Angkatan Udara pada cuti sekolah bulan September ini. Saksikan acara penerbangan di udara selain sertai dalam pelbagai aktiviti interaktif!
Kanak-kanak juga boleh cuba duduk di kerusi juruterbang dalam simulator Wings Academy atau Kelab Penerbangan Belia Singapura dan sertai juga dalam sesi kraftangan dan banyak lagi.
Bila: 13 September
Lokasi: Singapore Air Force Museum (layari: https://www.defencecollectivesg.com)
#11 Tonton wayang

Ingin menonton bersama si cilik? Menarik! Pawagam Golden Village, Shaw, Cathay dan WE Cinemas menawarkan promosi tontonan percuma untuk kanak-kanak dan ia tertakluk kepada terma dan syarat!
Selain itu terdapat juga beberapa lokasi lain yang turut menawarkan tayangan filem percuma. Antaranya:-
•ST3PS @ Lapangan Terbang Changi Terminal 3
Ruang masyarakat di mana anda boleh menonton tayangan filem percuma sepanjang masa.
•Festive Plaza @ Hab Tampines Kita
Ruang terbuka yang berubah menjadi pawagam – untuk maklumat lanjut layari lelaman: https://tampines-hub.com/ untuk tarikh dan masa tayangan terkini.
•Celebration Square @ One Punggol
Tayangan filem berkala untuk semua peringkat usia. Ikuti maklumat lanjut di Facebook One Punggol.
Apa juga aktiviti yang disertai pada cuti sekolah kali ini, ia bukan sekadar masa untuk berehat sahaja, tapi juga peluang untuk menimba ilmu, berinteraksi dan berhibur dalam suasana santai bersama seisi keluarga!

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.