Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

10 petua kawal gula dalam darah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.

Berikut merupakan 10 tip mengawal gula dalam darah:

1. MELAKUKAN SENAMAN DENGAN LEBIH KERAP

Melakukan senaman bukan sahaja membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.

Namun ia juga membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.

Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan adalah seperti angkat berat, berjalan kaki, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT

Badan akan memecahkan karbohidrat dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.

Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.

Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit kencing manis supaya mengawal pengambilan karbohidrat, lapor Keluarga MY.

3. MAKAN MAKANAN YANG KANDUNGI KADAR SERAT YANG TINGGI

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula.Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4. MINUM AIR DENGAN CUKUP

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah menghidap diabetes.

5. KAWAL KALORI

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap bukan makan banyak.

6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIX INDEX

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.

Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.

Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. KAWAL TEKANAN DAN TIDUR DENGAN CUKUP

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.

Mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Jadi,adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

8. PANTAU TAHAP GULA DALAM DARAH

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian pada makanan dan ubat-ubatan.

9. AMALKAN MAKANAN TINGGI MAGNESIUM

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium.

Kekurangan magnesium berisiko lebih tinggi menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.

10. TURUNKAN BERAT BADAN

Untuk mencegah kencing manis, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih bermanfaat berbanding makan ubat.

Oleh itu, pesakit kencing manis perlu mengelakkan makanan seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

Namun, pesakit diabetes boleh mengambil makanan ini mengikut sukatan.

Makanan tersebut adalah bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.

Untuk mengawal paras gula dalam darah, pesakit boleh mengambil makanan ini secara bebas iaitu semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan