Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

10 makanan & minuman ini boleh bantu cegah jerawat

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada kulit seseorang. Namun begitu, terdapat pelbagai ikhtiar yang boleh diusahakan seseorang untuk mengelakkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
10 makanan & minuman ini boleh bantu cegah jerawat

Gambar hiasan air botol (Gambar: AFP/Frank Fife)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 07:11PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 07:16PM

INDONESIA: Jerawat adalah masalah kulit yang tidak diingini, namun lazim dialami ramai orang. Keadaan kulit ini boleh dilalui sesiapa sahaja dan boleh menjejas keterampilan.

Walaupun sering muncul semasa remaja mencapai usia akil baligh, masalah kulit berjerawat hakikatnya juga boleh berlaku pada usia dewasa.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada kulit seseorang. Namun begitu, terdapat pelbagai ikhtiar yang boleh diusahakan seseorang untuk mengelakkannya.

Pengambilan makanan dan minuman yang betul dapat membantu mencegah jerawat pada seseorang. Dilaporkan NDTV, berikut adalah antara makanan dan minuman yang dapat membantu mengurangkan jerawat:

Air jarang

Meminum air kosong atau air jarang boleh memberi kesan yang sangat baik kepada pelbagai isu dalam tubuh. Ini termasuk mencegah jerawat kerana air membawa zat khasiat dan oksigen ke pelbagai organ tubuh untuk mencergaskan organ tubuh dan mampu melawan jerawat.

Minyak zaitun

Minyak zaitun dapat diserap oleh kulit tanpa menyumbatkan liang. Ini akan membolehkan kulit bernafas dan juga mencegah jerawat tumbuh.

Jus lemon

Jus lemon mampu menghilangkan sisa asid dan juga membersihkan hati dengan asid sitrik dan membentuk enzim untuk membuang toksin dari badan. Minuman ini juga mampu membersihkan liang-liang kulit dan menjadikan kulit terasa lebih segar dan cerah.

Semangka

Buah semangka sangat bermanfaat dalam menghilangkan keadaan kusam pada kulit. Buah tersebut kaya dengan vitamin A, B dan C serta menjadikan kulit segar, lembab dan cerah. Ini dapat mengelakkan tumbuhnya jerawat selain menghilangkan parut dan bekas jerawat.

Produk tenusu rendah lemak

Pemakanan makanan seimbang adalah antara cara terbaik untuk menjaga keterampilan kulit. Pengambilan makanan tenusu rendah lemak yang mengandungi vitamin A adalah salah satu komponen penting bagi kesihatan kulit.

Raspberi

Raspberi adalah buah yang kaya dengan vitamin, antioksidan dan serat. Kandungan fitokimia dalam buah ini juga sangat tinggi dan dapat membantu melindungi kulit.

Tairu atau yogurt

Yogurt adalah salah satu jenis minuman yang sangat baik untuk tubuh. Minuman ini mempunyai sifat antibakteria dan anticendawan yang membantu membersihkan kulit dan membuka liang-liang kulit yang tertutup.

Walnut

Walnut adalah antara jenis kacang yang paling menyihatkan. Kacang ini juga mempunyai manfaat yang dapat melembutkan kulit. Minyak walnut mengandungi asid linoleik yang sangat berguna bagi penjagaan kesihatan kulit.

Selenium

Selenium adalah kandungan yang boleh diperoleh daripada pengambilan kacang dan bijirin. Kajian menunjukkan bahawa kerosakan kulit yang disebabkan oleh pancaran cahaya matahari boleh cepat pulih apabila kandungan selenium dalam tubuh cukup tinggi.

Epal

Epal adalah antara buah paling berkhasiat yang boleh bermanfaat untuk pelbagai keadaan kesihatan. Kandungan pektin cukup tinggi dalam epal dan dapat mencegah jerawat.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan