Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

10 makanan ini boleh bantu kekalkan fokus, tajamkan minda

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lazimnya bila anak-anak ingin menduduki peperiksaan ibu bapa juga akan turut berasa tekanannya dan risau. Selain memastikan mereka sudah membuat persiapan awal dan mengulang kaji secara konsisten, anda juga boleh memastikan diet seharian yang berkhasiat.

Pilihan makanan yang mengandungi zat bukan saja dapat memberi rangsangan tenaga, ia juga membantu untuk melawan keletihan selain meningkatkan tumpuan serta menguatkan minda. Pada masa yang sama, elakkan daripada menjadi malas dan harus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.  

Berikut terdapat 10 senarai makanan yang digalakkan dalam pemakanan seharian. Setiap satu mempunyai khasiat yang berbeza-beza dan mudah disediakan.

MAKANAN UNTUK KECERDASAN OTAK

Ikan salmon

(Gambar: CA Creative/Unsplash)

Ia dapat meningkatkan fungsi kognitif dan memori. Manfaatnya yang paling utama adalah menjaga kesihatan otak. Ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi selain zat-zat yang lain seperti vitamin A, vitamin D yang bertindak sebagai antimurung.

Protein bebas lemak

(Gambar: Mark Deyoung/Unsplash)

Menurut kajian, daging tanpa lemak seperti ikan dan ayam adalah alternatif protein yang terbaik untuk minda. Elakkan daging merah kerana ia akan menambah lemak tepu dalam diet anak anda. 

Lemak ini boleh membuat mereka rasa malas, lembap dan letih. Isi ayam dan ikan sebaliknya didapati mengandungi protein bermutu selain rendah lemak untuk tubuh. Kehadiran asid omega-3 dalam daging bebas lemak ini juga dapat membuat otak berfungsi dengan lebih baik.  

Kacang

(Gambar: Marcos Paulo/Unsplash)

Ia merupakan snek yang mudah dinikmati pada bila-bila masa. Sesuai untuk dikunyah sambil belajar pada lewat malam. Kacang ternyata dapat memberikan tenaga yang berlebihan dengan adanya kandungan nutrien dan ia merupakan antara makanan yang dapat tajamkan minda selain imuniti tubuh.  

Diperkaya dengan vitamin E dan bahan antioksidan. Ia juga membantu untuk menghilangkan keletihan dan kelaparan. Antaranya badam, gajus, pecan, walnut dan hazelnut. 

Avokado

(Gambar: Louis Hansel/Unsplash)

Enak dinikmati sebagai sajian jus atau dimakan begitu sahaja. Buah ini dapat meningkatkan daya pemikiran. Diperkaya dengan sumber antioksida seperti vitamin E dan vitamin C. 

Walaupun avokado merupakan buah yang tinggi dengan kandungan lemak tetapi sumber lemak yang terdapat di dalamnya mampu melancarkan peredaran darah. 

Jika pengaliran darah dalam tubuh berada dalam keadaan baik, otak juga akan menjadi lebih tajam dan berada dalam keadaan sihat.

Beri biru

(Gambar: Mae Mu/Unsplash)

Diperkaya dengan khasiat antioksida, vitamin C dan E. Buah ini enak diratah begitu sahaja dan memiliki antioksidan yang tertinggi. Ia juga mengandungi zat yang mampu melindungi kerosakan otak yang disebabkan oleh zat kimia dan plak.

Sayuran

(Gambar: Dan Gold 4/Unsplash)

Bayam, kale, lobak dan brokoli mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan hebat. Menurut kajian dari Universiti of Illinois, khasiat yang didapati dalam sayur-sayuran ini dapat membantu mempertahankan fungsi kognitif dan ketajaman mental usia otak.

Brokoli contohnya diperkaya dengan vitamin K. Enak dinikmati bersama campuran sayuran lain dan disajikan dengan nasi atau direbus dan ratah begitu saja. Kandungan zat dalam brokoli penting untuk perkembangan sel-sel didalam otak. Jika kerap menikmatinya ia dapat tingkatkan stamina dan kecerdasan pemikiran.
 
Telur

(Gambar: Joesph Gonzalez/Unsplash)

Mengandungi vitamin B dan zat yang bermanfaat untuk kecergasan dan kesihatan otak selain membantu untuk tingkatkan membran sel dalam produksi minyak otak. Jika mengambil telur ayam dalam pemakanan secara konsisten ia dikatakan dapat memberikan ingatan yang tepat, tajam dan anda tidak mudah lupa.

Gula

(Gambar: Norbert Braun/Unsplash)

Air manisan atau segelas minuman yang mengandungi gula dapat memberi rangsangan yang singkat kepada ingatan, pemikiran dan juga keupayaan mental. Gula bila diproses akan menjadi glukos yang akan menjana tubuh anda.

Karbohidrat seperti gula adalah baik jika ditambah sedikit dalam pemakanan. Ia adalah makanan untuk tajamkan minda yang baik untuk memastikan bahawa tubuh anak anda mendapat manfaat sepenuhnya dan sekaligus menambah serat dalam diet. Tapi, elak dan usah meratah gula pasir iya! 

Kunyit

(Gambar: Taylor Kiser/Unsplash)

Bahan masakan ini memiliki manfaat istimewa dan mampu tingkatkan daya ingatan selain mencegah pelbagai penyakit. Kunyit dapat tingkatkan daya pemikiran, pemahaman, peringatan selain diperkaya dengan bahan antioksidan. Menarik, kunyit dikatakan boleh membersihkan plak di otak.

Air

(Gambar: Engin Akyurt/Unsplash)

Ia adalah satu keperluan bagi setiap individu. Ia juga dapat mencegah kulit kering, sakit tekak dan sebagainya. Pengambilan air yang mencukupi di dalam tubuh penting kerana ia juga bertindak sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. 

Pengambilan air yang mencukupi diperlukan untuk mengawal suhu tubuh dan membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat tingkatkan konsentrasi minda selain elakkan penyakit lain yang tidak diingini. 

Apa pun diet dan makanan yang dinikmati seharian pastikan ia diambil secara berpatutan dan elak daripada menikmati makanan segera dan yang diproses terutama pada musim peperiksaan ini! 

(Gambar: Nick Morrison/Unsplash)

 

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan