10 juadah tradisional berbuka puasa di seluruh dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexels)
KUALA LUMPUR: Ramadan merupakan bulan paling istimewa bagi seluruh umat Islam.
Selain memperbanyakkan ibadah, bulan suci ini juga memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk menyajikan pelbagai hidangan tradisional yang jarang dihidangkan pada bulan-bulan lain.
Berikut adalah 10 juadah berbuka puasa yang menjadi tradisi masyarakat Muslim di seluruh dunia.

Harira adalah sup campuran tomato, lentil, kacang kuda dan daging lembu atau kambing bersama bumbu seperti kunyit, halia dan kayu manis.
Ia kaya dengan protein dan zat yang menjadikannya hidangan yang baik untuk menambah tenaga selepas seharian berpuasa.
Ia dihidangkan bersama chebakia iaitu pastri manis bersalut bijan, lapor Sinar Harian.

2. Haleem (Asia Selatan dan Timur Tengah)
Stu berkrim yang dihasilkan daripada gandum, lentil dan isi daging yang direneh selama beberapa jam sebelum menjadi pekat.
Ia turut dicampurkan dengan bumbu seperti kayu manis, buah pelaga dan lada hitam.
Menu itu kaya dengan protein dan karbohidrat yang mengenyangkan.

3. Kunafa (Timur Tengah)
Hidangan pencuci mulut yang rangup di luar dan lembut pada bahagian dalam ini sangat terkenal di Timur Tengah.
Ia dihasilkan daripada doh filo atau doh semolina yang dilapisi dengan keju atau krim dan dicelup dengan sirap gula.
Ia turut dihidangkan bersama kekacang seperti pistasio atau badam yang dimakan bersama teh atau kopi Arab.

4. Ramazan Pidesi (Turki)
Roti tradisional ditabur bijan dan jintan hitam itu turut menjadi menu pilihan orang-orang Turki untuk bersahur.
Menurut laporan Sinar Harian, ia dihasilkan daripada campuran gandum dan yis yang berbentuk bulat serta mempunyai kerak bercorak seperti seni anyaman.

5. Qatayef (Timur Tengah)
Pencuci mulut yang terkenal dalam kalangan masyarakat Arab itu seperti penkek yang berinti kekacang, krim atau keju yang kemudiannya digoreng hingga kuning keemasan sebelum dicelup dengan sirap gula yang dicampurkan dengan air bunga mawar.

6. Nisalda (Uzbekistan)
Ia merupakan juadah popular di seluruh Uzbekistan.
Pencuci mulut ini dihasilkan daripada akar tumbuhan asli yang dikeringkan dan direbus.
Ia kemudiannya dicampur dengan putih telur bersama sirap gula untuk menghasilkan tekstur pekat yang memudahkan sistem penghadaman.

7. Chorba Frik (Algeria dan Tunisia)
Sup tradisional ini dihasilkan daripada campuran daging, kacang kuda, sayur-sayuran dan frik atau freekeh (gandum hijau yang memberikan rasa smoky).
Menu berkhasiat ini juga sering dihidangkan ketika musim sejuk dan dimakan bersama roti.

8. Samosa (Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Selatan)
Pastri berbentuk segi tiga antara menu wajib untuk berbuka puasa di kebanyakan negara.
Ia mengandungi inti daging atau ayam yang dicampur bersama keju dan sayur-sayuran, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

9. Kolak (Asia Tenggara)
Bubur manis ini diperbuat daripada pisang, ubi keledek bersama campuran santan dan gula aren.
Kolak dihidangkan secara panas atau sejuk dan menjadi kegemaran Muslim di Indonesia dan Malaysia.
Ia membekalkan gula semula jadi dan tenaga serta hidangan yang menyegarkan untuk berbuka puasa.

10. Fattoush (Syria dan Lubnan)
Hidangan sihat dihasilkan daripada salad segar dan potongan sayur-sayuran seperti timun, tomato, lobak bersama kepingan roti pita panggang yang rangup.
Ia diperasakan dengan minyak zaitun, jus lemon dan bawang putih.
Ia merupakan juadah sampingan yang dapat menghidratkan tubuh selepas berbuka puasa.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.