Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

10 fakta mengapa ibu bapa perlu elak beri anak makan mi segera

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mi segera merupakan sejenis makanan yang kerap menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat.

Selain mudah untuk disediakan, ia juga hadir dengan pelbagai jenis perisa dan juga murah pada tanda harga, seperti dinukil daripada rencana Astro Gempak.

Begitupun, mi segera bukanlah pilihan hidangan terbaik dengan gizi yang lengkap, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.

Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Twitternya menghuraikan 10 fakta tentang kenapa ibu dan bapa perlu mengelakkan anak mereka daripada menjamu mi segera, lapor Astro Gempak.

1. RISIKO BARAH

Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko barah.

2. RISIKO OBESITI

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30 gram (g) lemak atau setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.

3. PENYAKIT METABOLIK

Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak yang makan dua bungkus seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, angin ahmar dan penyakit jantung.

4. RISIKO TEKANAN, ALAHAN KULIT

Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko tekanan dalam kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa, lapor Astro Gempak.

5. GANGGUAN VISUAL

Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.

6. KEMEROSOTAN DAYA INGATAN

Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.

7. KEROSAKAN JANTUNG

Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.

8. BAHAN DARI INDUSTRI PETROLEUM

Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.

9. KEROSKAN ORGAN

Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.

10. PROSES PENGHADAMAN TIDAK TERATUR

Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung. 
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan