Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

10 'abang' gim ini angkat berat 'deadlift' sambil berbaju Melayu, berjubah

Anggaran Waktu Membaca:
10 'abang' gim ini angkat berat 'deadlift' sambil berbaju Melayu, berjubah

(Gambar: Petikan skrin video Instagram/@faceswemake/@yasinrahim)

BERITAmediacorp: Bagi para penggiat gim, amalan berlatih akan dilakukan secara kerap demi mengekalkan tahap kecergasan dan daya kekuatan bagi mengekalkan kesihatan dan membina otot.

Malah para penggiat gim juga biasanya akan tetap terus mengekalkan rutin mereka meskipun dalam bulan Ramadan.

Namun bagi sekumpulan pemuda ini, mereka bukan sahaja tetap mengangkat berat di bulan Ramadan, malah lengkap berbaju Melayu dan berjubah sekali!
Penggiat gim Yasin Rahim, 39 tahun, yang menggerakkan 'Ramadan Deadlift Party' itu, menjelaskan ia sebenarnya kegiatan yang pertama kali dilakukan pada bulan Ramadan lima tahun lalu.

"Biasanya kita hanya berlatih macam biasa. Cuma tahun ini kita buat latihan yang memberi tumpuan kepada angkat berat 'deadlift'.

"Kita buat masa bulan puasa saja, (ibarat) tarawih dalam gim!" Encik Yasin memberitahu BERITAmediacorp.

Encik Yasin, yang juga seorang jurugambar, juga menghimpunkan 10 individu secara keseluruhannya bagi acara suka-suka itu.

Memakai baju Melayu dan jubah malah tidak menganggu mereka semasa latihan angkat berat 'deadlift' itu, jelas beliau.

"Sebenarnya tak susah pun sebab 'deadlift' tidak terlalu menghadkan pergerakan. Kalau buat 'squat' mungkin agak leceh sedikit.

"'Deadlift' adalah latihan angkat berat yang paling mudah dilakukan secara berkumpulan. Secara amnya, ia lebih menyeronokkan juga," kata Encik Yasin.

Yang jelas, sekumpulan 10 penggiat gim ini berani tampil dengan gaya tersendiri di gim dan dapat menikmati suasana yang menyeronokkan, walaupun di bulan Ramadan.

"Kebanyakan (penggiat gim) agak terhibur, ada pula yang kelihatan keliru. Namun secara amnya, mereka menerima kehadiran kami sebegini dan seronok melihat kami mengangkat berat dalam pakaian tradisi kami.

"Mesti ketawakan diri sendiri sekali-sekala, jadi hidup kurang stress," seloroh beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan