Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini: NDP disambut dengan tabik hormat kepada pekerja barisan hadapan COVID-19

Bagi Gambar Pilihan Hari Ini, kami kongsi gambar dipetik kakitangan Mediacorp Hanidah Amin yang berada di kawasan Sengkang bagi merakam aksi pasukan payung terjun, Red Lions.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini: NDP disambut dengan tabik hormat kepada pekerja barisan hadapan COVID-19
Diterbitkan : 09 Aug 2020 05:41PM Dikemas Kini : 09 Aug 2020 05:43PM

SINGAPURA: Meskipun Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan pada skala lebih kecil, ribuan rakyat Singapura tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan kenderaan di estet-estet perumahan mereka.

Bagi Gambar Pilihan Hari Ini, kami kongsi gambar dipetik kakitangan Mediacorp Hanidah Amin yang berada di kawasan Sengkang bagi merakam aksi pasukan payung terjun, Red Lions.

Pasukan itu melakukan terjunan berdekatan Hospital Besar Sengkang sambil memberikan penghormatan kepada pekerja barisan hadapan yang membantu negara dalam waktu sukar ini.

Kami di BERITAmediacorp juga tabik pengorbanan anda! Dirgahayu Singapura!

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita