Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Setelah sekian lama ditutup sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19, Taman Haiwan Singapura akhirnya membuka pintunya kepada tetamu semalam (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 03:43PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 03:57PM

BERITAmediacorp: Setelah sekian lama ditutup sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19, Taman Haiwan Singapura akhirnya membuka pintunya kepada tetamu semalam (6 Jul).

Gambar Pilihan Hari Ini memetik interaksi antara seekor zirafah dan seorang kanak-kanak yang didukung ibunya ketika melawat ke daya tarikan itu. Dengan penerbangan antarabangsa rata-rata masih lagi disekat buat masa terdekat ini, nampaknya haiwan-haiwan di taman ini sahaja yang akan menjadi 'tuan rumah' kepada tetamu tempatan.

Jika dilihat juga dalam gambar ini, penjaga haiwan juga menjaga jarak selamat, memakai pelitup dan pelindung muka. Ia juga menjadi peringatan bahawa sedang negara secara perlahan menyambung sebahagian kegiatan norma, sikap berhati-hati perlu dikekalkan demi mengelak gelombang kedua virus korona di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita