Gambar Pilihan Hari Ini
Pandemik COVID-19 yang bermula sejak hujung tahun lalu membawa kesan mendalam kepada seluruh dunia, baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi. Di peringkat individu, krisis berpanjangan itu juga membawa bersamanya beban emosi kepada para pesakit dan kakitangan kesihatan yang menjaga mereka.
BERITAmediacorp: Pandemik COVID-19 yang bermula sejak hujung tahun lalu membawa kesan mendalam kepada seluruh dunia, baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi. Di peringkat individu pula, krisis kesihatan yang berpanjangan juga membawa bersamanya beban emosi kepada para pesakit dan kakitangan kesihatan yang menjaga mereka.
Gambar Pilihan Hari Ini merakam usaha seorang jururawat untuk menjadikan suasana di hospital di Santiago, Chile menjadi lebih ceria. Damaris Silva, 26, akan menggesek biola dua minggu sekali setelah tamat tugasnya di Hospital El-Pino, untuk menghiburkan hati para pesakit dan kakitangan.
Menurut media, usaha yang dilakukan Silva itu dihargai oleh para pesakit dan kakitangan, dengan ramai daripada mereka bertepuk tangan dan tersenyum di tengah-tengah suasana yang lazimnya suram. Silva berkata apa yang dimainkannya datang dari lubuk hati, untuk berkongsi secebis kegembiraan bersama mereka.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.