Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Seringkali apabila berlaku bencana, perhatian akan ditumpukan kepada angka korban manusia, bilangan penduduk yang dipindahkan serta nilai kerosakan harta benda. Kurang tumpuan diberikan kepada kesannya terhadap flora dan fauna.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2020 05:51PM Dikemas Kini : 19 Jul 2020 05:53PM

BERITAmediacorp: Seringkali apabila berlaku bencana, perhatian akan ditumpukan kepada angka korban manusia, bilangan penduduk yang dipindahkan serta nilai kerosakan harta benda. Kurang tumpuan diberikan kepada kesannya terhadap flora dan fauna.

Gambar Pilihan Hari Ini menjadi satu peringatan bahawa haiwan juga merupakan sebahagian penting penghuni sekitaran dan akan terjejas bila sesuatu bencana melanda. Dipetik baru-baru ini, ia menunjukkan seekor gajah liar dan anaknya melintas lebuh raya dekat Taman Negara Kaziranga, di Assam, India, sebuah kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini.

Menurut AFP, sekitar 90 peratus daripada taman berukuran 430 kilometer persegi itu ditenggelami banjir akibat hujan lebat baru-baru ini. Beberapa ekor haiwan termasuk babi hutan dan badak sumbu didapati maut akibat lemas.

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita