Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bermain bola sepak tetapi di padang golf? Wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukannya berada di padang yang salah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2020 10:48AM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 10:49AM

BERITAmediacorp: Bermain bola sepak tetapi di padang golf? Wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukannya berada di padang yang salah.

Sebaliknya, memang wujud sukan dipanggil 'footgolf' iaitu gabungan baru dua sukan paling popular di dunia yang kini semakin menarik perhatian dan pelibatan ramai.

Sukan 'fusion' tersebut mengikut peraturan golf tetapi pemain tidak menghayunkan batang golf untuk "menjaringkan gol" mereka. Sebaliknya, hanya dengan menggunakan kaki mereka untuk memasukkan bola ke dalam lubang golf dengan jumlah tendangan yang serendah mungkin.

Sekarang, ribuan pemain merata dunia tidak lagi memukul bola di padang golf namun sebaliknya menendangnya. 'Footgolf' satu sukan yang kini dimain di 36 negara dan ia sudahpun ditadbir oleh persekutuan antarabangsa sejak 2012. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan