Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Masjid Hagia Sophia yang terkenal di Turki dibuka semula pada Jumaat (24 Jul) untuk ibadah pertama selepas 86 tahun dengan mendirikan solat Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2020 02:05PM Dikemas Kini : 25 Jul 2020 02:10PM

BERITAmediacorp: Masjid Hagia Sophia yang terkenal di Turki dibuka semula pada Jumaat (24 Jul) untuk ibadah pertama selepas 86 tahun dengan mendirikan solat Jumaat.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan Presiden Turki Tayyip Erdogan dan beberapa tetamu turut mengerjakan solat Jumaat semasa perasmian monumen ikonik itu.

Salah sebuah bangunan bersejarah di Turki yang paling dikunjungi pelancong tempatan dan antarbangsa pada 1985, semasa ia dijadikan sebagai sebuah muzium, Hagia Sophia dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Pada 10 Julai, sebuah mahkamah di Turki membatalkan keputusan Kabinet 1934 yang menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium, sekali gus membuka jalan untuk ia dikembalikan sebagai sebuah masjid selepas 86 tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan