Gambar Pilihan Hari Ini
Dengan langkah-langkah sekatan COVID-19 yang dikuatkuasakan di merata dunia sudah mula dilonggarkan sedikit demi sedikit, pasti ramai yang teruja untuk bertemu dengan rakan dan kenalan setelah sekian lama terpisah.
BERITAmediacorp: Dengan langkah-langkah sekatan COVID-19 yang dikuatkuasakan di merata dunia sudah mula dilonggarkan sedikit demi sedikit, pasti ramai yang teruja untuk bertemu dengan rakan dan kenalan setelah sekian lama terpisah.
Tidak terkecuali juga dengan replika rangka dinosaur T-Rex dalam Gambar Pilihan Hari Ini, yang siap memberus gigi untuk menerima kunjungan tetamu tidak lama lagi. Gambar ini dipetik di tengah-tengah persiapan Great North Museum: Hancock di Newcastle upon Tyne, Britain untuk menyambut semula ketibaan para pelawat.
Muzium tersebut dijadual dibuka semula pada 1 September setelah ditutup sejak Mac tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.