Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar perhimpunan murid beramai-ramai tanpa memakai pelitup mahupun jarak selamat antara mereka ini bukan dipetik sebelum pandemik COVID-19 menjejas negara-negara dunia.
(Gambar: BBC)
BERITAmediacorp: Gambar perhimpunan murid beramai-ramai tanpa memakai pelitup mahupun jarak selamat antara mereka ini bukan dipetik sebelum pandemik COVID-19 menjejas negara-negara dunia.
Sebaliknya Gambar Pilihan Hari Ini dipetik baru-baru ini di Wuhan, bandar yang terkenal sebagai tapak bermulanya penularan virus korona hujung tahun lalu. Diambil semasa acara ulang tahun ke-100 Sekolah Tinggi Wuhan, ia menggambarkan bagaimana kehidupan sudah kembali hampir seperti biasa meskipun banyak negara lain masih di bawah langkah sekatan ketat.
Menurut BBC, meskipun sekolah-sekolah sudah dibuka di situ, langkah-langkah seperti pemeriksaan suhu badan dan penyemburan cecair pembasmi kuman masih dilakukan demi menjaga keselamatan murid-murid, tujuh bulan setelah bandar itu mula dikenakan langkah kepungan pada 23 Jan.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.