Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar ini adalah antara lukisan-lukisan yang berjaya mengumpul hampir £5,000 (S$8,900) bagi sebuah badan kebajikan gelandangan.

(Gambar: Hercule Van Wolfwinkle)
BERITAmediacorp: Gambar ini adalah antara lukisan-lukisan yang berjaya mengumpul hampir £5,000 (S$8,900) bagi sebuah badan kebajikan gelandangan.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan sebuah lukisan yang dilukis oleh seorang bapa dari West Sussex menggunakan nama gelaran "artis terkemuka Hercule Van Wolfwinkle". Beliau melukis gambar anjing peliharaannya ini dengan anak lelakinya.
Beliau kemudian memuat naik lukisan itu di Facebook dan menawarkan komisen pada harga £299 (S$532) sebagai gurauan, tetapi ramai yang benar-benar mahu mendapatkannya.
Orang ramai berminat untuk membayarnya, tetapi dia berkata: "Saya tidak boleh mengambil wang itu - lukisan-lukisan itu teruk. Oleh itu saya menubuhkan laman Just Giving dan menyarankan orang ramai untuk sebaliknya mendermakan wang."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.