Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Sebut saja tentang kucing, pasti gambaran haiwan yang jinak dan manja ini akan bermain dalam fikiran ramai. Namun baru-baru ini di Peru, seekor 'kucing' gergasi berukuran 37 meter ditemui.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Ukiran purba ditemui di satu kawasan dilindungi di Peru (Gambar: Jhony Islas/Kementerian Kebudayaan Peru - Nasca-Palpa via AP)

Diterbitkan : 23 Oct 2020 03:17PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 03:21PM

BERITAmediacorp: Sebut saja tentang kucing, pasti gambaran haiwan yang jinak dan manja ini akan bermain dalam fikiran ramai. Namun baru-baru ini di Peru, seekor 'kucing' gergasi berukuran 37 meter ditemui.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan ukiran gergasi di sebuah bukit yang ditemui para pengkaji purba di sebuah tapak warisan UNESCO. Ukiran itu adalah antara beberapa ukiran purba lain berusia lebih 2,000 tahun yang ditemui menerusi penerokaan dron di kawasan Nazca dan Palpa.

Selain kucing, ukiran haiwan lain seperti kera, ikan paus dan cicak boleh dilihat di kawasan larangan itu. Semuanya, menurut menteri kebudayaan Peru, adalah "bukti lanjut warisan budaya yang kaya dan pelbagai" di kawasan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita