Gambar Pilihan Hari Ini
Elemen nostalgia pastinya mempunyai daya tarikannya sendiri bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
BERITAmediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini bukanlah gambar 'throwback' mahupun dipetik dari set penggambaran drama. Sebaliknya, ia merupakan Galeri Warisan kendalian Wee's Collection di Changi Road, yang mempamerkan barang-barang yang dikumpulkan selama 25 tahun.
Galeri tersebut menawarkan lawatan berpandu untuk melihat lebih dekat barang-barang yang mungkin sukar didapati kini seperti mangkuk tipin, botol kaca F&N corak lama dan pelbagai lagi, memberi pengunjung peluang untuk melangkah sebentar ke zaman silam.
Elemen nostalgia pastinya mempunyai daya tarikannya sendiri bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Jika anda juga berminat untuk mengimbau kenangan lama, jangan terlepas laporan BERITA Jelajah ke 'Sungei Road 2.0' baru-baru ini:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.