Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini: Kasih sayang sesama makhluk di saat kehilangan.
Gambar burung penguin dipetik Tobias Baumgaertner ini memenangi anugerah pada 2020 (Gambar: Tobias Baumgaertner)
BERITAmediacorp: "Saya pada awalnya ingin rakam gambar yang menunjukkan kesan pembangunan manusia ke atas populasi haiwan. Namun gambar ini lebih daripada itu. Ia menunjukkan kebersamaan dan rasa cinta".
Itulah cerita di sebalik Gambar Pilihan Hari Ini yang dipetik oleh jurugambar dari Jerman, Tobias Baumgaertner. Beliau yang mengekori kumpulan penguin itu berhari-hari, berkata kedua-dua penguin tersebut kehilangan pasangan masing-masing dan kelihatan berdakapan antara satu sama lain seolah-olah untuk saling memberi sokongan.
Tidak menghairankan, gambar indah dan penuh bermakna ini juga merupakan pemenang Gambar Pilihan Masyarakat dalam The Ocean Photography Awards 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.