Gambar Pilihan Hari Ini
Tahukah anda, anak beruang panda bukan satu-satunya kelahiran 'bayi' hitam putih yang disambut di Taman Haiwan Singapura baru-baru ini.

(Gambar: Mandai Wildlife Group)
BERITAmediacorp: Tahukah anda, anak beruang panda bukan satu-satunya kelahiran 'bayi' hitam putih yang disambut di Taman Haiwan Singapura baru-baru ini.
Kenalilah Izara, anak kuda belang yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Kuda belang betina jenis Grevy itu adalah kelahiran sulung spesis tersebut di Singapura.
Kuda belang Grevy adalah spesis kuda belang terbesar dan paling terancam daripada tiga spesis zebra yang masih wujud di dunia. Ibu bapa Izara, Desta dan Kolle, dibawa masuk ke Singapura pada Jun 2020 dari Taman Hidupan Liar Tanganyika, Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.