Gambar Pilihan Hari Ini
Selain makanan yang dihidangkan, hiasan dan suasana atau 'ambience' di kedai makan turut menyumbang kepada pengalaman menjamu selera di sesebuah kedai makan.

(Gambar: Facebook/Ridjal Noor)
BERITAmediacorp: Selain makanan yang dihidangkan, hiasan dan suasana atau 'ambience' di kedai makan turut menyumbang kepada pengalaman menjamu selera di sesebuah kedai makan.
Bagi para pelanggan restoran Saffrons pula, mereka disambut dengan suasana yang mencuit hati dek seragam yang 'digayakan' oleh para pekerjanya.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan pakaian seragam itu, yang dihiasi dengan bermacam-macam 'pickup lines' seperti 'I Teh-tarik dengan you' dan 'You got Mee Goreng crazy' (anda buat saya tergila-gila).
Gambar-gambar seragam itu dimuat naik pengguna Ridjal Noor dalam catatan yang kini dikongsi lebih 1,100 kali di Facebook.
Sebenarnya, pakaian seragam itu adalah edisi 2021 bagi para kakitangan restoran tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.