Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tiang-tiang lampu boleh dilihat di merata Singapura. Sebagai satu kemudahan awam, orang ramai tidak dibenarkan menampal atau mencontengnya. Namun bukan begitu bagi Tiang Lampu 1 Tuas atau Tuas Lamp Post 1 yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)

Diterbitkan : 07 Jan 2021 03:12PM Dikemas Kini : 07 Jan 2021 03:13PM

BERITAmediacorp: Tiang-tiang lampu boleh dilihat di merata Singapura. Sebagai satu kemudahan awam, orang ramai tidak dibenarkan menampal atau mencontengnya. Namun bukan begitu bagi Tiang Lampu 1 Tuas atau Tuas Lamp Post 1 yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkongsi bahawa menurut perbualan ramai, pelekat pada tiang yang mempunyai tanda 'pin' di Google Maps itu ditampal para pengayuh basikal yang berhenti berehat di situ setelah penat mengayuh. Ia begitu terkenal sehingga ada yang bergambar dengan tiang tersebut. Lantaran itu ramai yang sedih apabila pelekat-pelekat di tiang itu ditanggalkan semasa satu pemeriksaan rutin.

Encik Ong berkata beliau sudah berbincang dengan LTA dan akan membenarkan orang ramai menampal pelekat pada tiang itu. Pengecualian tersebut dibuat kerana ia sudah menjadi semacam mercu tanda yang membantu para pengayuh basikal mencari jalan di tempat yang 'terperuk' di samping dan ia juga menyerikan suasana di kawasan itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan