Gambar Pilihan Hari Ini
Petikan gambar seekor ikan jerung berukuran sepanjang 2.7 meter ini sudah menjadi tular kerana ia memilki kesamaan yang luar biasa dengan wajah mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
BERITAmediacorp: Petikan gambar seekor ikan jerung berukuran sepanjang 2.7 meter ini sudah menjadi tular kerana ia memilki kesamaan yang luar biasa dengan wajah mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan gambar yang menunjukkan mulut ikan jerung tersebut ternganga seakan-akan sudah bersedia untuk membaham mangsanya pada bila-bila masa saja.
Gambar yang menggerunkan tapi melucukan ini dipetik oleh seorang jurugambar dasar laut, Tanner Mansell dan seorang juruvideo dari Jupiter, Florida semasa menyelam di habitat haiwan tersebut pada 19 Disember lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.