Gambar Pilihan Hari Ini
Ternyata kecacatan tubuh bukan penghalang bagi gadis ini untuk menari tarian balet.
(Gambar: Reuters)
BERITAmediacorp: Ternyata kecacatan tubuh bukan penghalang bagi gadis ini untuk menari tarian balet.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan Vitoria Bueno, 16 tahun, membuat persembahan dengan rakan-rakan sedarjahnya dari akademi tarian balet Andrea Falsarella di Teater Inatel di Santa Rita do Sapucai, Brazil.
Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, cita-cita Bueno untuk menjadi seorang penari pada awalnya kelihatan suram - terutamanya di sebuah bandar kecil di luar bandar Brazil ini, di mana kecacatannya menjadi tumpuan ramai.
Lebih membanggakan, Bueno kini menjadi sumber inspirasi kepada ramai remaja.
"Bagi saya, tangan, ia hanya suatu tambahan," menurut Bueno. "Saya ikut dengan mata saya, seakan-akan ia wujud."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.