Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar seekor kucing menjadi tular di China setelah rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan haiwan peliharaan itu seolah-olah 'menitiskan air mata' setelah ia ditinggalkan sendirian di rumah semasa musim cuti.
(Gambar: Media sosial)
BERITAmediacorp: Gambar seekor kucing menjadi tular di China setelah rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan haiwan peliharaan itu seolah-olah 'menitiskan air mata' setelah ia ditinggalkan sendirian di rumah semasa musim cuti.
Kucing jenis 'British Shorthair' berusia 2 tahun ini kelihatan seolah-olah "menangis dan berlinang air mata" apabila tendengar suara tuannya memanggil namanya Fu Fu menerusi alat pemantau rumah, menurut pemiliknya.
Klip CCTV itu dirakam pada malam 8 Februari di timur Xuzhou setelah Cik Meng menziarahi ibu bapanya untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Rakaman video selama 17 saat itu, menerima lebih 8 juta 'likes', sekali gus menjadikan Fu Fu popular di lelaman media sosial dan ia kini dikenali sebagai 'kucing tertinggal'.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.